Kem Real Madrid dikatakan terkejut beruk apabila pemain legenda dengan 5 UCL bersama mereka, Toni Kroos memberitahu kelab dia tak akan melanjutkan kontrak baharu.
Menurut Kroos dia tidak mahu menjadi beban kepada kelab. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berundur dan memberikan peluang kepada muka baru mengisi tempatnya dalam kesebelasan utama.
Jika Kroos masih ada dalam pasukan Real Madrid, pengurus mungkin akan serba salah untuk tidak menurunkannya.
Real Madrid benar benar tidak menyangka perkara itu. Kerana mereka merasakan bahawa Kroos pastinya akan gembira menerima tawaran baharu dan menamatkan kariernya di Real Madrid.
🚨 🇩🇪 ⚽️ ÚLTIMA HORA | Informa @PacojoSER en @SERDeportivos
📝 Toni Kroos no renueva con el @realmadrid
🔜 Prefiere esperar y no quiere ser una carga para el club
😯 Una respuesta que ha sorprendido al Real Madrid pic.twitter.com/2lZXMK207L
— SER Deportivos (@SERDeportivos) June 20, 2022
Namun kelab masih yakin bahawa pemain itu akan menandatangani kontrak baharu. Kerana dia akan menjadi sebahagian penting dalam mentoring kepada pemain muda seperti Camavinga dan Aurélien Tchouaméni yang baru dibeli dengan nilai EUR100 juta.
Kroos merupakan pemain yang ditandangani Real Madrid dari Bayern Munich pada 2014. Dengan kontrak semasa beliau akan berakhir pada Jun 2023.
Jika Kroos tidak melanjutkan kontraknya, bermakna, musim hadapan akan menjadi musim terakhirnya bersama Real Madrid.
Sebenarnya, Kroos sebelum ini memang sudah memberikan bayangan bahawa dia mungkin tak akan melanjutkan kontraknya bersama Real Madrid dengan alasan yang sama, iaitu risau dia akan menjadi beban kepada kelab.
Tetapi Real Madrid tidak pernah menganggap Kroos sebagai beban.
Selain itu Carlo Ancelotti benar benar selesa bekerjasama dengan maestro dari Jerman itu.