Sehingga ke hari ini, Manchester United terus gagal mendapatkan tandatangan Paul Pogba pada sehelai kertas kontrak lanjutan yang baharu.
Beberapa tahun lalu, Pogba pernah meminta untuk ke Real Madrid kerana tidak sehaluan dengan Jose Mourinho.
Sehinggakan Mourinho menggelar Pogba sebagai virus. Selain itu, ejen Pogba, Mino Raiola, pada ketika itu mempersoalkan gaji Alexis Sanchez yang terlalu besar.
Dan meminta United merombak kontrak Pogba agar pemain itu menerima sekurang kurangnya gaji yang sama dengan Sanchez sekitar £550,000 seminggu.
Itu mustahil untuk United berikan. Raiola menegaskan bahawa Pogba satu satunya pemain world class di United masa itu, jadi dia berhak mendapat gaji paling tinggi.
Selepas Sanchez pergi ke Inter dan kemudian dijual. Tiada lagi bunyi bising Raiola memekak mahukan gaji besar seperti itu.
Namun Raiola kemudian berkali kali menyatakan bahawa dia akan cuba membantu Pogba membuat pilihan terbaik untuk masa depannya. Pogba masih berminat untuk kekal di United.
Tetapi menurut Raiola, pemain itu juga berminat untuk ke kelab seperti Juventus dan PSG. Juventus sudah memantau situasi Pogba dengan dekat sekali. Dan sedia membawa pemain itu secara percuma buat kali kedua.
Kontrak baharu Pogba terus gagal dimeterai di antara United dengan beberapa tawaran sudah berada di atas meja Raiola.
Sebelum ini Ralf Rangnick menyatakan bahawa, di United, mereka tidak perlu memujuk pemain untuk kekal. Kerana pemain itu sendiri harus bangga bermain untuk United yang merupakan kelab besar.
Rangnick menegaskan bahawa, beliau bukan memaksudkan bahawa tidak berbaloi untuk terlalu memujuk pemain seperti Pogba jika pemain itu sendiri sudah mahu pergi.
Rangnick berkata: “Saya tak kata bahawa tidak berbaloi untuk terus memujuknya kekal, tetapi pemain bola sepak harus mahu bermain untuk dan kekal di kelab besar macam Man United.”
“Saya tak rasa sesiapa sahaja di kelab ini harus pergi memujuk pemain untuk kekal. Kita tunggu dan lihat.”
Rangnick on Pogba: “I wouldn't say he's not worth keeping but, of course, players have to want to play and stay for a club and a big club like Man Utd”. 🔴 #MUFC
“I don't think anyone in the club should try to convince a player to stay. But on the other hand, let's wait and see” pic.twitter.com/GeBwhD1KfE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 10, 2021
Pogba kini sudah memasuki fasa enam bulan terakhir kontraknya. Dia sudah boleh menjadi ejen bebas dan boleh berbincang dengan mana mana kelab tanpa perlu keizinan Man United – berdasarkan peraturan Bosman.
Buat masa ini, Pogba masih belum melakukan sebarang perbincangan dengan kelab lain.
United menganggap ianya satu kerugian kalau mereka melepaskan Pogba secara percuma. Selepas mereka membelinya dengan nilai sekitar €100 juta dari Juventus.
Dan hierarki tertinggi Man United sudah sedia meminta Rangnick untuk membincangkan tawaran lumayan kepada Pogba.
Ini kerana Pogba dianggap salah seorang pemain tengah terbaik di dunia pada ketika ini sejak beliau menyertai semula kelab pada 2016.
Pogba pemain yang berbakat besar. Namun seringkali dipertikaikan konsistensinya.
Dengan United dalam proses membina semula United dengan perlantikan pengurus baharu pada musim hadapan. Sangat penting untuk mereka mengekalkan Pogba. Oleh itu United sedia menawarkan £400,000 seminggu sebagai gaji asas. Dan £100,000 lagi adalah bonus yang boleh dicapai.
Bermakna Pogba senang senang mendapat £500k seminggu. Tawaran itu dibuat untuk memastikan Pogba tidak memikirkan soal tawaran daripada kelab lain seperti Real Madrid, Juventus dan PSG.
Bukan itu sahaja, Pogba juga diberikan jaminan, bahawa dia akan menjadi pemain penting dalam projek baharu kelab.
Pogba masih belum membuat sebarang penampilan di bawah Ralf Rangnick. Beliau mengalami kecederaan ketika berada di kem Perancis sebelum ini.
Pogba pernah menyatakan bahawa beliau sangat selesa berada di United dan mahu memenangi lebih banyak trofi bersama kelab tersebut.