Tak Mahu Turun Berlatih! Caicedo Buat Kenyataan Terbuka Sarankan Kelab Terima Tawaran Arsenal

Arsenal telah menghantar bidaan rasmi bernilai GBP60 juta untuk Moises Caicedo yang turut menjadi sasaran Chelsea.

Di mana Chelsea telah menghantar bidaan £55 juta yang telah ditolak oleh Brighton.

Graham Potter mahu memperkuatkan pasukannya di bahagian tengah dengan bergabung semula dengan pemain tersebut.

Brighton dilaporkan tidak mahu menerima bidaan itu kerana mereka berdepan kesukaran mencari pengganti untuk pemain tersebut dengan jendela perpindahan berbaki beberapa hari lagi.

Brighton sudah beberapa kali memberitahu sebelum ini bahawa mereka tidak berminat untuk menjual pemain tersebut pada sebarang harga.

Kini Arsenal pula menghantar bidaan £60 juta untuk mendapatkan Caicedo.

Ianya membuatkan Caicedo tidak dapat menahan diri dengan menyatakan bahawa dia mahu mengambil peluang terbaik yang muncul di depan matanya.

Pemain itu telah mendesak agar kelab menerima bidaan tersebut.

Lebih kontroversi apabila pemain itu secara terbuka menyatakan bahawa dia berharap kelab menjualnya.

Caicedo berkata: “Saya sangat berterima kasih kepada Brighton. Saya bangga dalam membawa rekod perpindahan untuk Brighton, yang boleh dilaburkan mereka untuk membantu kelab ini.”

“Saya berharap penyokong boleh faham kenapa saya mahu mengambil peluang luar biasa ini.”

Caicedo dilaporkan tidak akan berlatih dengan skuad Brighton pada Sabtu. Kerana dia sudah benar benar mahu meninggalkan kelab itu.

Caicedo antara pemain tengah yang sangat cemerlang musim ini. Arteta mahu memperkuatkan bahagian tengahnya. Kerana ketika ini mereka sedang berada dalam landasa persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari