Sebelum ini nama Steven Gerrard antara pengurus muda yang disenaraikan sebagai calon pengganti Klopp di masa hadapan.
Ini setelah dia membantu Rangers menjadi juara Scotland. Namun selepas itu reputasinya di Aston Villa tidak sebagus yang diharapkan.
Walaubagaimanapun FSG masih yakin Gerrard sebagai salah seorang calon pengganti Klopp di masa akan datang.
Dan kini Gerrard dikartakan sudah semakin hampir disingkirkan dari senarai calon pengganti Klopp. Ianya selepas dia gagal memenangi sebarang perlawanan bersama Al Ettifaq di Arab Saudi selaam 2 bulan.
Reputasinya semakin teruk setelah menyertai Liga Arab Saudi itu. Gerrard sudah mendapat pemain yang dia mahukan di Al Ettifaq.
Dia berjaya mendapatkan Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum, Demarai Gray dan bekas penyerang Lyon, Moussa Dembele, yabg menjadi penjaring ketiga terbanyak dalam Ligue 1 pada 18 bulan lalu.
Kini kelab itu sudah mengalami 6 kekalahan dalam 19 perlawanan dan bergelut di pertengahan carta liga.
Dalam sidang media terbarunya, Gerrard menyatakan bahawa kelabnya ada kemampuan untuk membantunya memperbaiki prestasi dengan terus melabur dalam pasaran pemain.
Gerrard berkata: “Saya bertanggungjawab di atas keputusan di atas padang. Namun kelab ini ada kapasiti untuk bersaing dalam jendela perpindahan untuk memperbaiki prestasi.”
Ramai peminat keliru dengan kenyataan Gerrard itu. Kenapa dia bercakap soal mengambil tanggungjawab dan pada masa yang sama masih menagih dana perpindahan.
Al Ettifaq bukan kelab yang berada dalam senarai pelaburan dana berdaulat PIF. Namun masih berjaya membelanjakan dana yang besar.
Jika Gerrard berterusan gagal untuk membuktikan kualitinya sebagai pengurus, dia semakin jauh daripada pintu pengurusan di Liverpool di masa akan datang. Memandangkan kelab itu sudah ditetapkan standard yang tinggi oleh Jurgen Klopp.
Seorang lagi bekas rakan sepasukan Gerrard, Xabi Alonso kini menjadi antara bakat yang dianggap paling menonjol untuk mengisi kekosongan dia Anfield di masa akan datang.
Namun Alonso turut menjadi bakat yang dalam perhatian kelab besar lain seperti Real Madrid.
Buat masa ini Klopp masih komited dengan Liverpool.