Tak Nak Kalah Dengan Al Nassr, Kini Al Hilal Tawarkan Messi Kontrak €300 Juta Semusim

Al Hilal nampaknya tidak senang melihat Al Nassr berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Dan kini, musuh tradisi Al Nassr itu sedia mendapatkan seteru Ronaldo iaitu Lionel Messi untuk menyertai mereka.

Kontrak yang ditawarkan kepada Messi bukan kaleng kaleng, tetapi sebesar €300 juta semusim. Angka yang menyaksikan €100 juta lebih besar daripada apa yang Ronaldo dapat di Al Nassr.

Ronaldo menerima kontrak €200 juta untuk menyertai Al Nassr baru baru ini. Menjadikan dia pemain bergaji paling tinggi dalam sejarah.

Al Hilal sedia membuka langkah untuk mendapatkan Messi dan menawarkan pakej lebih lumayan.

Messi yang memenangi Piala Dunia 2022, masih belum melanjutkan kontraknya bersama PSG. Di mana kontrak itu akan berakhir pada akhir musim ini.

PSG dan Messi sudah pun membuat rundingan tentang kontrak baharu. Namun masih tidak ada kesepakatan dicapai.

PSG yakin mereka akan dapat memujuk Messi untuk terus kekal dengan tawaran 2+1 tahun bersama mereka.

PSG sanggup memasukkan klausa ala kontrak Mbappe dalam kontrak tersebut. Di mana Messi boleh mengaktifkan sendiri kontrak lanjutan +1 tahun itu tanpa memerlukan persetujuan kelab.

Messi ada beberapa pilihan lain. Antaranya kepulangan semula ke kelab no.1 dicintainya, Barcelona. Tetapi situasi kewangan Barcelona kurang memihak kepada usaha tersebut.

Seterusnya, Inter Miami menawarkan pakej persaraan dan peranan di kelab itu selepas Messi bersara.

Messi ketika ini dikatakan lebih tertarik untuk terus kekal di PSG berbanding pergi ke AS.

Dan kini Al Hilal masuk ke gelanggang persaingan dengan menawarkan kontrak yang dianggap tak mampu ditolak Messi.

€300 juta semusim adalah jumlah yang sangat besar. Messi dalam pada masa yang sama merupakan duta pelancongan Arab Saudi.

Dan kehadirannya di Arab Saudi boleh membantu menaikkan lagi imej negara itu sebagai calon tuan rumah bersama Piala Dunia 2030. Di mana Arab Saudi, Mesir dan Greece membentuk pakatan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030 secaran kolektif.

Lionel Messi sudah pastinya digelar salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dia telah memenangi segalanya di dalam kariernya.

Kini dia dianggap calon utama untuk memenangi FIFA Best dan Ballon d’Or kelapan dalam kariernya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan