Tak Nak Kalah Dengan Pesaing, Netflix Keluarkan 70 Filem Tahun Ini, Seminggu 1 Filem

Netflix Inc mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan lebih daripada 70 filem asli mereka pada tahun ini kepada pelanggan di Amerika Syarikat (AS).

Dan menegaskan akan lebih banyak genre disajikan termasuk  komedi, drama keluarga, dan filem seram. Bukan itu sahaja, filem filem yang dihasilkan juga turut melibatkan pelakon pelakon gred A di Hollywood dan antarabangsa.

Antaranya Netflix akan mengeluarkan filem thriller jenayah “Red Notice” yang dibintangi oleh Ryan Reynolds, Gal Gadot dan Dwayne Johnson. Ianya satu daripada enam filem aksi.

Selain itu filem zombie “Army of the Dead” arahan Zack Snyder juga berada dalam senarai tayang tahun ini.

Terdapat juga filem komedi seperti “Don Don’t Look Up”. Filem ini dibintangi oleh banyak bintang seperti Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Timothée Chalamet, Tyler Perry, dan Meryl Streep.

Perkhidmatan penstriman itu mengatakan sebahagian besar daripada filem asli  Netflix tersebut juga akan tersedia di 190 negara di seluruh dunia. Netflix juga menegaskan bahawa akan lebih banyak filem daripada pelbagai bahasa selain Inggeris akan menemui pelanggan mereka.

Netflix sedar bahawa mereka akan mendapat persaingan lebih sengit tahun ini. Termasuk daripada perkhidmatan streaming seperti Walt Disney Co, AT&T Inc, Comcast Corp dan Apple Inc. Persaingan semakin sengit apabila banyak pawagam ditutup pada musim wabak ini.

Kelajuan Netflix dalam mengeluarkan lebih daripada satu filem setiap minggu merupakan tunjang kekuatan utama mereka. Oleh itu mereka sudah bersedia dengan pelaburan besar untuk menghasilkan lebih banyak filem daripada pesaing mereka.

Disney, misalnya, kini merancang untuk mengeluarkan banyak filem debut di pawagam dan perkhidmatan streaming Disney +, termasuk empat filem Marvel Studios dan dua dari Pixar.

Menurut laporan CNBC, 18 drama, sembilan thriller, lapan filem animasi dan lapan percintaan antara yang akan ditayangkan di Netflix. Filem terkenal lain termasuk muzikal “tick, tick … BOOM” yang diarahkan oleh Lin-Manuel Miranda dan “Bruised” juga akan ditayangkan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.