Tak Nak Melepas Lagi, Porto Rasminya Lantik ‘Dukun’ Kelab Dengan Kontrak RM832k Semusim

Selepas menduduki tempat kedua di belakang Sporting Lisbon dalam Liga Primeira musim lalu, FC Porto telah mencuba pelbagai cara untuk merampas kembali mahkota Portugal pada penghujung musim 2021/2022.

Mereka membawa masuk beberapa pemain baru, itu sudah pastinya mereka lakukan, kerana mereka merupakan salah pasukan yang kaya di Portugal. Walaubagaimanapun, membeli pemain baharu sahaja tidak mencukupi. Mereka kemudian memutuskan untuk mengupah dukun..

Pada musim 2020/2021, Porto secara tragis terpaksa akur dengan kehebatan Sporting dan melepaskan tahta pada minggu minggu terakhir liga. Kegagalan itu lebih kepada kerana kegagalan Porto menewaskan Sporting dalam dua pertemuan mereka. Di mana kedua dua perlawanan berakhir seri.

Agar kejadian sama tidak berulang musim ini, pihak pengurusan Porto telah mengambil pelbagai cara. Salah satunya dengan membayar dukun untuk membantu memastikan mereka berjaya kali ini.

Porto dan Sporting kini terikat 41 mata selepas 15 perlawanan, dengan Porto jauh lebih unggul daripada mereka dari segi perbezaan jaringan.

Lalu pengurusan mereka memutuskan bahawa sudah tiba masanya mereka meminta bantuan daripada alam mistik dan membayar dukun yang dianggap power di Portugal. Ini untuk mengelakkan agar kejadian malang musim lalu tidak berlaku lagi.

Dukun yang dimaksudkan ialah Magdalena Aroso.

Uniknya, Aroso secara rasmi disenaraikan dalam rakan sejawatan dengan gred yang sama dengan pembantu kejurulatihan teknikal Sergio Conceicao seperti Vitor Bruno dan Siramana Dembele (penolong jurulatih), Diamantino Figueiredo dan Vedran Runje (jurulatih penjaga gol), Eduardo Oliveira (ahli psikologi), atau Telmo Sousa (jurulatih kecergasan).

Aroso tidak didaftarkan sebagai “dukum” dalam daftar rasmi pegawai pasukan, tetapi digelar “doktor”.

Aroso turut dibayar angka yang lumayan sama seperti staf teknikal yang lain. Persetujuan untuk membayar Aroso itu mendapat restu daripada Presiden kelab Porto iaitu, Jorge Nuno Pinto da Costa.

Aroso dilaporkan menerima gaji €175 ribu setahun bersamaan dengan RM832ribu.

Sekaligus menjadikan Magdalena Aroso sebagai staf bukan pegawai ‘bola sepak’ yang paling mahal dibayar di Porto pada ketika ini.

Gaji tersebut memang sangat tinggi terutama sekali untuk hierarki bola sepak di Portugal.

Dan sudah tentunya dengan gred gaji tersebut, menjadikan Aroso sebagai dukun berpendapatan paling tinggi di Portugal ketika ini dengan ada kontrak profesional dengan kelab bola sepak terkemuka.

Sebenarnya ini bukanlah perkara baharu di Portugal. Kerana pada 2106/17, Benfica pernah melantik dukun rasmi kelab mereka dan dipercayai membantu mereka memengi kejuaraan berganda.

Ketika itu Porto mengkritik tindakan Benfica menggunakan dukun ataupun bomoh dalam usaha mereka mahu memenangi kejuaraan liga.

Kini mereka sendiri sudah sedia untuk mengambil langkah yang sama.

Benfica ketika itu membayar angka yang hampir sama dengan apa yang dibayar Porto kepada Aroso.

Pada 1986/87, Porto juga pernah menggunakan ilmu hitam dalam aksi berdepan Bayern dan mereka menang 2-1. Sejak hari itu, banyak pasukan di Portugal mulai percaya dengan benda benda seperti ini.

Diharap tak ada la kelab kelab Malaysia percaya dengan benda benda tahyul macam ni. Lain macam sangat dah ni. Jangan pula FAM terfikir nak pakai benda yang sama selepas apa yang berlaku kepada pasukan kebangsaan kita.