Tak Peduli Dengan Petugas Keselamatan, Anak Perisic Berlari Ke Arah Neymar Dan Memujuknya

Brazil dikejutkan oleh Croatia dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022. Brazil harus menyalahkan diri sendiri, kerana walaupun mereka dominan namun tidak cukup tajam dan kreatif di hadapan gol.

Brazil gagal menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit. Dan hanya menjaringkan 1 gol pada masa ekstra.

Gol itu ternyata tidak memberikan keadilan ke atas mereka yang beraksi lebih baik. Bola sepak adalah sukan yang dikira berdasarkan gol. Dan Croatia membalasnya pada separuh kedua masa ekstra.

Perlawanan dilanjutkan ke penentuan penalti. Neymar yang memutuskan untuk menjadi pelaksana kelima mungkin menyesali tindakannya.

Kerana dia adalah pelaksana penalti utama dalam pasukannya. Namunm kali ini dia hanya mampu melihat Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan tugasan mereka. Manakala 4 penalti Croatia kesemuanya masuk.

Neymar kini berkongsi kedudukan dengan Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil dengan 77 gol.

Tetapi rekod itu tidak dapat diraikan dengan tarian oleh Neymar kerana dia meratapi penyingkiran pasukannya selepas penentuan penalti.

Neymar pernah menyatakan bahawa Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir untuknya atas faktor usia. Namun selepas kegagalan perit ini, Neymar mungkin akan mempertimbangkan untuk terus berkhidmat bersama Brazil selagi diperlukan.

Neymar menangis teresak esak bersama dengan beberapa rakannya yang lain. Ternyata dia tidak percaya bahawa pasukan pilihan juara itu tersingkir di tangan Croatia.

Croatia sekali lagi menjadi giant killer dan dark horse dalam pertandingan kali ini.

Pada edisi 2018, mereka mara sehingga ke final.

Ketika Neymar sedang menangis kesedihan, anak lelaki Ivan Perisic bernama Leo telah berlari ke arahnya dan menenangkan pemain itu. Dia tidak sanggup melihat Neymar bersedih.

Neymar menghargai apa yang dilakukan anak Perisic itu dan memeluknya.

Ketika orang lain meraikan kemenangan bersama ahli keluarga mereka, dua orang anak Perisic memutuskan untuk berlari dan menenangkan Neymar.

Pada awalnya pegawai keselamatan pasukan Brazil menghalang budak kecil itu. Namun Neymar kemudian memberikan isyarat dia sedia bersalaman dengan Leo,

Detik itu membuatkan ramai terharu melihatnya.

Neymar dan rakan rakannya terpaksa pulang awal seleaps kempen yang boleh dikatakan sangat menghiburkan.

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, Tite disahkan terus meletakkan jkawa

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.