Tak Peduli Gaji Kecil, Bielsa Mahu Jadi Pengurus Everton B-21 Kerana Cinta Kepada Bola Sepak

Marcelo Bielsa sebelum ini menyatakan bahawa dia mungkin bukan orang yang sesuai untuk menyelamatkan Everton daripada penyingkiran.0

Kerana untuk pelan jangka masa pendek, pasukan Everton tidak memiliki pemain yang cukup bagi bermain bola sepak pantas dimahukannya.

Bielsa sebenarnya berminat menjadi pengurus Everton. Cuma dia tidak menjanjikan pasukan itu akan keluar daripada krisis segera.

Bielsa sudah melakukan analisis tentang Everton dan menganggap pasukan itu terlalu lembab untuk bermain murderball, gelaran falsafah bola sepak Bielsa.

Bielsa meminta jaminan bahawa Everton boleh membelikannya beberapa pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.

Ianya sangat mustahil untuk dilakukan pada ketika ini. Dengan pasaran Januari yang sukar untuk mendapatkan pemain dengan harga lebih murah. Ditambah kekangan masa serta juga kedudukan Everton ketika ini.

Paling mengejutkan, Marcelo Bielsa pula terbuka untuk mengendalikan skuad B-21 Everton.

Ini kerana dia mahu membina falsafah bola sepak daripada pembangunan.

Di masa depan dia boleh menjadi pengurus pasukan utama.

Bielsa sukakan bola sepak Inggeris selepas berkarier di Leeds sebelum ini. Dia dipecat pada Februari kerana prestasi buruk Leeds.

Namun tidak ada siapa yang boleh menafikan bagaimana dia membantu Leeds kembali ke EPL dengan gaya bola sepak berani.

Bielsa menawarkan diri menjadi pengurus B-21 Everton dengan meminta 8 kakitangan kejurulatihannya sendiri turut dilantik bersama.

Bielsa tidak kisah dengan gaji yang jauh lebih kecil. Yang penting baginya dia menikmati kerjanya. Dia mahu membina falsafah bola sepaknya di Everton.

Everton kini berdepan prospek bermain di divisyen kedua England buat kali pertama sejak musim 1953/54. Mereka kini menduduki tempat ke-19 selepas hanya meraih tiga kemenangan daripada 20 perlawanan.

The Times juga mendakwa bekas bos Burnley, Sean Dyche akan dinamakan pengurus Everton seterusnya.

Adakah Everton akan berjaya mengelakkan penyingkiran?

Kelab turut berdepan dengan tekanan daripada penyokong yang kian memuncak.

Pemain muda harapan kelab iaitu Anthony Gordon pula sudah mendesak perpindahan ke Newcastle.

Baca yang lain