Tak Percayakan Arsenal, Gabriel Jesus Diminta Lapor Diri Ke Skuad Brazil Walaupun Cedera

Penyerang tengah Arsenal, Gabriel Jesus telah disisihkan sejak kebelakangan ini kerana kecederaan hamstring tetapi dia dilaporkan masih perlu melapor diri di kem antarabangsa skuad kebangsaan Brazil.,

Alasan dia agak tidak masuk akal. Kerana Brazil mahu menilai sendiri tahap kecederaan pemain itu. Seolah olah mereka tidak percaya dengan laporan yang dikeluarkan oleh Arsenal dan pihak Gabriel Jesus.

Brazil menggambarkan seperti pemain itu mahu mengelak atau sengaja dihalang untuk melapor diri ke skuad kebangsaan, Jesus telah diketepikan kerana kecederaan hamstring selama hampir tiga minggu, mengalami masalah itu semasa kemenangan 2-1 ke atas Sevilla dalam Liga Juara-Juara UEFA – perlawanan yang menyaksikan dia mencetak satu gol dan satu bantuan gol.

Walaupun tidak beraksi sejak itu, jurulatih pasukan kebangsaan Brazil, Fernando Diniz memutuskan untuk menamakan pemain berusia 26 tahun itu dalam skuadnya untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukannya menentang Colombia dan Argentina, dengan pemain itu kini membuat perjalanan ke Amerika Selatan.

Pasukan perubatan Selecao kini akan menilai status kecergasan Jesus sebelum memutuskan sama ada dia bersedia untuk bermain atau tidakl. Di bawah peraturan FIFA, Brazil dibenarkan memanggil penyerang serba boleh dan menilai diri mereka sendiri.

Ketegangan nampaknya memuncak antara pemenang Piala Dunia lima kali dan The Gunners kerana Diniz baru-baru ini menjelaskan kecederaan sebelum ini melibatkan Gabriel Martinelli mungkin menjadi faktor. CBF seolah olah menganggap mereka telah dipermainkan Arsenal.

Arsenal sebelum ini telah melaporkan kepada CBF bahawa Gabriel Martinelli tidak cergas. Namun kemudian pemain itu berjaya cergas sebelum aksi antarabangsa Brazil berlangsung. Di mana pemain itu cergas dalam aksi menentang Man City. Namun CBF tidak dapat menggunakan khidmatnya kerana namanya sudah disisihkan.

Kini mereka memannggil Gabriel Jesus dan pemain itu boleh kembali semula ke Arsenal jika doktor perubatan di Brazil mengesahkan sendiri status kecederaannya.

Bercakap kepada Globo Esporte, dia berkata: “Dalam tugasan sebelum ini, kami tidak memanggil Martinelli dari Arsenal. Dia tidak melaporkan kepada CBF dengan cara yang sangat lengkap, jadi kami tidak percaya bahawa Martinelli akan bersedia untuk bermain menentang Venezuela dan Uruguay, tetapi dia berjaya pulih sebelum aksi antarabangsa kami berlangsung dan turun bermain [untuk Arsenal].”

“Disebabkan ini juga, kami akan membawa Gabriel [Jesus] untuk mengetahui keadaan sebenar beliau, kerana kami masih mempunyai 15 hari lagi sebelum perlawanan, jadi kami percaya dia boleh cukup cergas untuk bermain, kerana saya sangat suka dengan pemain ini.”

“Kami mempunyai 24 pemain dalam senarai, dan jika apa-apa berlaku kepadanya kami tidak perlu menukar skuad.”

Menurut ESPN Brasil, ini telah menyebabkan pengurusan kelab utara London itu berasa tidak puas hati kepad CBF. Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kemudian menangani situasi itu pada hujung minggu selepas pasukannya menewaskan Burnley 3-1 dalam Liga Perdana, perlawanan di mana Gabriel Jesus tidak cukup cergas untuk diturunkan.

“Saya tidak tahu [bagaimana keadaannya], saya akan bercakap dengan doktor dan dia [Gabriel Jesus], kerana dia tidak melakukan sebarang latihan dengan kami,” kata Arteta.