Keputusan Thomas Tuchel mengeluarkan Joshua Kimmich nampaknya kurang disenangi pemain senior Bayern dan Jerman itu.
Dia malah menyindir secara terbuka Thomas Tuchel di hadapan wartawan.
Bayern Munich diikat Bayer Leverkusen 2-2. Menerusi gol masa kecederaan, daripada sepakan penalti oleh Exequile Palacios.
Keputusan seri ini membuatkan Bayern berada di tangga kedua di belakang Leverkusen. Walaupun sama mata, namaun Leverkusen binmbingan Xavi Alonso lebih baik dari segi perbezaan jaringan.
Kimmich dikelauarkan pada minit ke-61. Dan dia tidak gembira dengan pertukaran itu. Ditanya oleh wartawan adakah dia digantikan kerana cedera.
Kimmich menjelaskan: “Tak tahu, kamu tanyalah sendiri pengurus.”
Kimmich seolah olah tak berpuas hati apabila Tuchel menyatakan bahawa dia digantikan kerana kecederaan.
Tuchel berkata: “Joshua ada bengkak pada tendonnya dan kami tak mahu mengambil sebarang risiko untuknya. Pasukan petugas perubatan dengan jelas berkata bahawa dia hanya boleh bermain 60 minit sahaja.”
“Sebab itulah kami keluarkan dia pada minit ke-60.”
Kimmich ketika dikeluarkan menunjukkan reaksi tidak gembira.
Tuchel on Kimmich being unhappy with the substitution: "Joshua had an inflamed tendon and we didn't want to take any risks with him. The medical team clearly said he could only play 60 minutes and that's why we brought him off in the 60th minute" pic.twitter.com/A916Ssks5F
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 15, 2023
Rata rata peminat Bayern bersetuju dengan pertukaran Tuchel itu. Dan mereka meminta Kimmich lebih profesional dalam menerima keputusan pengurus.
Bayern Munich memiliki reputasi sebagai kelab yang digelar kelab Hollywood. Kerana pemain pemain bintang kelab itu yang kerap besar kepala.
Harry Kane membuka tirai jaringan untuk Bayern pada minit ke-7. Namun disamakan oleh Alex Grimaldo pada minit ke-24.
Setelah berhempas pulas mencari gol, Bayern mendahului pada minit ke-86 menerusi Mathys Tel.
Malangnya gol itu gagal memberikan kemenangan kepada Bayern. Ini apabila Leverkusen dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaans selepas Hofmann dijatuhkan oleh Alphonso Davies di dalam kotak penalti.
Ezequiel Palacios menyamakan kedudukan pada minit ke-90+4.
Bayern kemudian meraikan satu lagi gol pada masa kecederaan 90+8 menerusi Dayot Upamecano, namun gol dibatalkan kerana ofsaid.