Pierre-Emerick Aubameyang telah mengisytiharkan dirinya tak akan main permainan video FIFA tahun ini.
Ini kerana EA telah menurunkan ratingnya dalam siri terbaru permainan itu – FIFA 21.
Pemain Arsenal itu telah menikmati salah satu musim terbaik dalam hidupnya musim lalu. Menjaringkan 22 gol dalam kempen EPL. Dan membantu Arsenal menjuarai Piala FA dengan menjaringkan dua gol di semifinal dan final.
Baru baru ini, Aubameyang menjadi pemain penting dalam membantu Arsenal membawa pulang perisai komuniti menewaskan Liverpool.
Malang sekali Aubameyang telah diturunkan rating sebanyak -1 oleh FIFA untuk kad FIFA Ultimate Team.
🚨 Deal: Aubameyang finally pledges future to Arsenal with new three year deal.
Only an 87 in FIFA 21 🥴pic.twitter.com/g4Oe9J3F1r
— FIFA 21 News (@UltimateTeamUK) September 15, 2020
Perkara itu bukan sahaja mengejutkan Auba, malah para peminat bola sepak pun tak percaya dengan apa telah berlaku.
Pada hari pengumuman rating itu, Aubameyang hanya mampu tergelak melihat apa yang berlaku.
Aubameyang tidak mahu memberikan sebarang komen tentang ratingnya. Beliau mahu peminat menilai sendiri kualiti beliau di atas padang.
😆😂🤣🤣🤣🤣
— Aubameyang P-E (@Aubameyang7) September 10, 2020
Dan sekarang, beliau sudah berikrar tidak akan bermain FIFA lagi tahun ini. Hal ini kerana terlalu kecewa dengan rating dirinya yang disifatknya seperti najis.
Dalam satu tangkap layar perbualan Aubameyang dengan rakannya, kapten Arsenal itu berkata: “Ahahahaha tak main FIFA tahun ni. Dia ni tahik kot dekat kad saya. Rating 87 mana cukup.”
Selain Aubameyang, Lukaku juga terluka dengan ratinya di dalam FIFA 21.
Lukaku mengatakan bahawa penilaian yang ditunjukkan dalam permainan FIFA sengaja digunakan oleh EA Sports hanya untuk tujuan penerbitan tanpa mempedulikan kualiti sebenar para pemain.
Sebelum ini, Lukaku pernah menyatakan kekecewaannya kepada EA Sports setelah namanya dikeluarkan dari Ultimate Team dan hanya mendapat penilaian 85 pada FIFA 20, atau dua mata lebih rendah daripada edisi sebelumnya.
Musim lalu, Lukaku, yang berjaya menemui semula ketajamannya setelah bergabung dengan Inter Milan. Di mana beliau menjaringkan 23 gol dalam 36 penampilan di Serie A.
Walaupun terdapat peningkatan besar dari musim sebelumnya di Manchester United, rating Lukaku pada FIFA 21 sama dengan edisi sebelumnya. .
EA Sports sentiasa mendapat kritikan daripada pemain setiap kali mereka mengeluarkan edisi terbaru FIFA mereka.