Berlaku salah satu insiden paling pelik di sukan permotoran dalam ingatan baru-baru ini, di mana seorang pemandu gokart yang mendakwa lawan dia menyebabkan kemalangannya telah menyerang lawannya itu.
Dia pergi ke trek untuk menyerang lawannya ketika perlumbaan sedang berlangsung dengan melemparkan serpihan daripada kartnya.
Luca Corberi, pelumba kart berusia 23 tahun, telah mendapat kecaman yang meluas atas tindakan ganas itu. Ia sangat berisiko kepada semua pelumba yangs sedang berlumba.
Legenda Formula 1 Jenson Button telah mengetuai kempen dengan menyeru larangan seumur hidup ke atas Corberi.
Dalam rakaman yang mengejutkan, Corberi dilihat menunggu di sisi trek, dengan jelas menunggu pemandu yang didakwa menyebabkannya tersingkir dua kali sepanjang perlumbaan.
Corberi kemudian mengambil bumper yang tercabut dari kartnya dan melemparkannya ke arah pemandu tersebut.
Korang boleh menonton rakaman kejadian di bawah:
Karting driver Luca Corberi got mad at a race and then this happened. Should be a ban for life. pic.twitter.com/ofVoSif6fJ
— F1 Feeder Series (@F1FeederSeries1) October 4, 2020
Bekas Juara Dunia F1, Jenson Button menerusi Twitternya telah melepaskan rasa jijiknya ke atas tindakan Corberi.
Button mengecam tindakan Corberi dan ayahnya yang kemudian menyerang secara fizikal pemandu muda tersebut ketika dia kembali ke pit.
Ayah Corberi merupakan pemilik litar itu. Jelas sekali mereka berdua sangat tidak profesional.
Button menerusi ciapannya berkata: “Luca Corberi baru saja menghancurkan peluangnya dalam karier perlumbaan setelah tingkah lakunya yang menjijikkan hari ini di kejuaraan dunia FIA Karting.”
“Ayahnya pemilik litar dan dilihat merempuh pelimba itu itu ke dinding. Larangan seumur hidup untuk kedua-dua orang bodoh ini.”
Karter Luca Corberi continues to vent his anger after the kart race. Somebody arrest this guy. (via @EstagiariodaF1) pic.twitter.com/R9Kuk2VI4G
— F1 Feeder Series (@F1FeederSeries1) October 4, 2020
Seruan oleh Button itu telah mendapat perhatian seluruh komuniti sukan permotoran.
Seorang pengguna Reddit, TCVideos, menggambarkan rakaman itu sebagai ‘sangat mengganggu’. Ramai juga menyatakan bumper itu adalah karier Corberi dan dia telah melemparkannya sebelum sempat dia bermula sekalipun.
I hear Luca Corberi is writing a book..
“How To End Your Career Before Its Begun” https://t.co/hKgtVLCbp4
— Charley Louise (@_charleylouisew) October 4, 2020
Wartawan sukan permotoran, Aurora Dell’Agli meminta FIA – badan pengendali motorsport – untuk memboikot litar itu buat selama lamanya.
“Lelaki dengan hoodie hitam yang menyerang pemandu adalah bapa Corberi, pemilik trek. FIA harus tidak sesekali berluma di situ lagi selamanya.”
Tindakan Corberi boleh mencederakan nyawa semua pelumba pada hari itu, dan adegan yang mengejutkan selepas perlumbaan itu pastinya akan membuatkan pelumba berusia 23 tahun itu menerima hukuman berat dari pihak berkuasa sukan.