Tak Rela Kehilangan Ratusan Jutaan Pemain Dari India, PUBG Ceraikan Tencent

PUBG Corporation ingin membawa balik PUBG Mobile ke India secepat mungkin. PUBG jelas sekali tak rela kehilangan pemain dari India yang sangat ramai.

Kegilaan orang India ke atas PUBG memang sukar untuk dibayangkan. Menurut data oleh Sensor Tower 24% daripada 600 juta muat turun PUBGM pada hari ini adalah dari India.

Itu bermakna ada kira kira sekitar 144 juta pemain PUBG Mobile yang ada di India.

Oleh itu syarikat PUBG dari Korea Selatan itu telah menyatakan bahawa berpisah dengan Tencent Games pada 8 September untuk hak pelesenan di India.

Awal bulan ini, Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India dengan menggunakan bidang kuasanya di bawah Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat, melarang 118 aplikasi asal China.

Dua permainan battle royale yang paling popular – PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite – juga antara yang dilarang. Walaupun pada awalnya PUBG berjaya mengelak daripada kena ban lebih awal dengan mengemaskini polisi terbaru mereka menyatakan kesemua data pemain PUBG di India akan disimpan di India.

PUBG ceraikan Tencent di India

Dan sekarang, berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Mint, PUBG Corporation sedang mencari rakan baharu India untuk membawa permainan ini kembali ke India.

Ianya selepas syarikat Korea Selatan mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mengizinkan francais PUBG Mobile Indian dikendalaikan oleh Tencent Games China.

PUBG Corporation mencari rakan India untuk mengendalikan pengedaran PUBG Mobile.

Berdasarkan laporan tersebut, perjanjian lesen baru sedang diusahakanm dengan firma permainan India dalam usaha untuk mengembalikan permainan ke India.

Seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu:

“Kepemilikan hanyalah salah satu masalah. Tetapi ada beberapa masalah lain, berdasarkan larangan yang diperintahkan. Kekhuatiran tersebut berkaitan dengan privasi data, keamanan, aktiviti lain di dalam telepon, serta banyak lagi perkara lain berkaitan.”

Laporan oleh Mint juga menambah bahawa setelah larangan itu, pemerintah telah mengajukan lebih dari 70 pertanyaan kepada PUBG Mobile, yang harus dijelaskan oleh pihak ketiga dalam masa tiga minggu.

PUBG Corporation akan mengekalkan hak penerbitan permainan sementara rakan India akan menguruskan pengedarannya.

Namun, tidak jelas sama ada kontrak atau perjanjian dengan syarikat tempatan akan membantu permainan paling popular di negara tersebut kembali ke India.

Terdapat juga khabar angin mengenai Jio akan masuk dan mengambil alih lesen PUBG Mobile di India. Walau bagaimanapun, tidak ada pengesahan rasmi di bahagian depan ini.

Generasi muda masih menyokong produk China

India sebelum ini melancarkan boikot kepada barangan China termasuk produk teknologi dan juga perisian.

Namun selepas sebulan kempen boikot barangan China, ternyata festival membeli belah di atas talian di India pada 6 Ogos dengan pelancaran beberapa jenama telefon pintar dari China.

Ianya dimulakan dengan pelancaran Redmi yang sangat popukar di Amazon India dan Flipkart. 2 laman e-dagang paling popular di India.

Festival atas talian yang menggugat pendirian

Sementara itu laman e-dagang milik syarikat berpangkalan di Dongguan – BBK Electronics Corporation – pula menawarkan set telefon pintar jenama realme, Oppo, Vivo, OnePlus, dan iQOO – juga mencuri perhatian ramai.

India memang negara yang menjadi sasaran pengeluar telefon pintar kerana jumlah rakyatnya yang sangat ramai dan mereka sangat fanatik dengan telefon pintar.

Prime Day Sale oleh Amazon merupakan acara dua hari. Manakala Big Saving Days anjuran Flipkart pula berakhir pada 10 Ogos.

Ternyata ianya mendapat sambutan luar biasa di India.

Selepas lebih sebulan sentimen anti China dibina dan dipropagandakan di India ternyata hasilnya sangat mengecewakan.

Kenapa boikot?

Sebelum ini di India mereka melaung sentimen anti China dengan menyalahkan negara tersebut punca wabak yang melanda hari ini.

Seterusnya, India juga marah dengan kematian 20 tentera India di sempadan China di Galwan pada pertengahan Jun.

India turut menuduh beberapa aplikasi dari China sebagai mengumpul data peribadi dan melanggar hak privasi rakyatnya.

Ramai orang India memecahkan dan menghancurkan telefon pintar keluaran China dan juga barangan lain termasuk toys.

Ada juga yang merosakkan kedai kedai yang ada papan tanda jenama China seperti Oppo dan Vivo.

Berdasarkan undian dibuat, ternyata ramai menyokong untuk memboikot barangan dari China. 67% lebih sanggup membayar mahal produk tempatan mereka.

Oleh kerana semangat boikot yang berkobar kobar, Narendra Modi mengisytiharkan boikot ke atas 59 aplikasi dalam telefon pintar dan komputer milik China bermula 29 jun.

Telefon pintar China masih mendapat sambutan

Namun laporan oleh Scroll India, menyatakan rakyat India ternyata masih fanatik dengan telefon buatan China. Telefon pintar OnePlus 8 Pro, yang baru dilancarkan pada Jun, habis ditempah dalam masa beberapa minit.

Jenama telefon pintar India tanpa ekosistem jenama China dilihat tidak laku dan tiada siapa nak beli.

Peminat telefon pintar ini kemudian menyatakan bahawa, mereka tidak mampu untuk memboikot telefon dari China.

Dan menganggap mereka tiada pilihan. Seterusnya beberapa jenama telefon keluaran India dikatakan tidak selamat dari segi hardware mahupun keselamatan atas talian dan tak berkualiti.

Misalnya, terdapa kes letupan telefon pintar jenama I Kall yang menyebabkan kanak kanak 8 tahun hilang 4 jari.

Selain itu, di pasaran, hanya Samsung yang dilihat pilihan terbaik menggantikan telefon pintar android dari China. Namun harganya agak mahal.

Tetapi Samsung tetap berjaya mendapat pulangan daripada kesempatan yang ada. Di mana keuntungan mereka melonjak ketika kempen anti barangan China dilancarkan.

Penjualan telefon pintar dari China agak susut dan dipercayai lebih kepada faktor China itu sendiri dan bukannya kerana boikot.

Di mana, banyak pengeluar menggantung seketika operasi mereka terutama sekali shipping.

Selepas mereka kembali menyambung operasi, ternyata sambutan ke atas telefon pintar dari China masih kuat.

Di India, iPhones bukanlah jenama yang popular kerana harganya terlampau mahal. Dengan kesan daripada cov19, lagilah pengguna berjimat cermat.

Selain daripada itu, boikot barangan China terutama sekali telefon pintar ini sangat sukar dilakukan. Bahkan banyak kilang pembuat di India bergantung kepada bekalan alatan dan perkakasan dari China. Apple sendiri bergantung kepada pembuatan di China.

Akhirnya seorang penganalisis pasaran iaitu Tarun Pathak menganggap usaha memboikot barangan elektronik dari China ini adalah perjuangan yang gagal.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.