Seorang ibu kepada influencer media sosial di Brazil telah mengambil langkah drastik dengan memadamkan akaun media sosial TikTok dan Instagram anaknya yang sudah ada lebih 1.7 juta pengikut.
Langkah itu dianggap sangat mengejutkan kerana anaknya Valentin Kanner sedang menuai wang daripada popularitinya di TikTok dan IG.
Valentina menggunakan nama glamor Nina Rios baru berusia 14 tahun telah menjadi sensasi di Brazil dan ada ramai pengikut dari seluruh dunia.
Ibunya, Fernanda Rocha Kanner sentiasa memantau aktiviti media sosial anaknya. Dan mulai mendapati bahawa anaknya semakin ‘menjadi orang lain’ kerana perlu mengikut rentak yang dimahukan pengikutnya.
Menurut ibunya, dia berbuat demikian kerana mahu mengajar anaknya erti kehidupan sebenar dan lebih menghargai kehidupannya sendiri.
Fernanda mendapati semakin lama, TikTok telah membuatkan anaknya ada simptom termasuk tekanan jiwa jika dibiarkan.
Di mana Nina Rios terpaksa sentiasa berpura pura bahagia di hadapan pengikutnya. Dia menjadi orang lain dari segi berpakaian, penampilan termasuk solekan.
Lantas ibuanya berkata: “Dalam usaha untuk mengajar anak saya untuk lebih menghargai diri sendiri dan kehidupannya, saya memadamkan akaun IG dan TiktToknya. Adakah ia langkah radikal? Ya, tetapi ianya langkah yang perlu juga.”
Fernanda menambah: “Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok adalah tidak sihat. Saya tak nak anak saya menjalani kehiupan dengan mempercayai bahawa dia adalah seperti dirinya yang ada di media sosial.”
Fernanda juga seringkali melihat anaknya menilai dan membuat keputusan berdasarkan komen komen para pengikutnya.
“Kehidupan di dunia sebenar adalah jauh berbeza!”
“Saya juga merasakan TikTok dan Instagram juga tidak begitu sihat untuk orang dewasa. Dan kesannya lebih teruk kepada remaja,” kata Fernanda yang menyatakan pemerhatian itu berdasarkan kajian dan pemerhatiannya sendiri selaku ibu kepada influencer mdia sosial.
“Sukar untuk mengenali diri kamu sendiri pada usia kamu 14 tahun. Apabila ada kira kira 2 juta orang yang melihat kamu di media sosial, dan kamu rasa mereka benar benar mengenali kamu. Itu sangat bahaya. Kamu akan mudah hilang pertimbangan pada bila bila masa.”
Bukan itu sahaja, dia menyatakan bahawa, anaknya kini merasakan bahawa dia perlu memuat naik selfie dan tarian di TikTok untuk terus berhubung dengan pengikutnya. Itu yang lagi merisaukan beliau.
Kerana di dunia sebenar, mencari kawan bukan begitu caranya.
“Ketika saya menyemak akaun tiktoknya, saya mendapati dia ada 30 selfie yang sama, kemudian ada beberapa lagi tarian yang semua orang boleh buat.”
“Adakah ianya radikal [memadam akaun sosial anaknya]? Ya! Dan ianya perlu juga.”
“Saya tak nak dia menjadi model iklan pakaian polyester yang mudah terbakar, buatan China.”
“Saya tak nak anak saya yang bijak ini menari seperti babun yang dilatih di sarkas.”
“Ini adalah generasi yang menyedihkan di mana seseorang itu dinilai berdasarkan kemahsyuran.”
Fernanda mengakui bahawa dia menerima banyak kecaman daripada remaja walaupun dipuji oleh ibu bapa yang ada anak remaja sepertinya.
Lebih lebih lagi Fernanda merupakan ibu kepada Nina Rios, sudah pastinya dia akan membawa mesej ini ke audien lebih besar apabila dia bersuara.
Tetapi ramai remaja yang menganggap Fernanda sebagai ibu yang terlalu mengongkong anaknya. Tetapi Fernanda tidak kisah kerana baginya dia sudah membuat keputusan yang betul untuk anaknya.
Nina ketika dihubungi portal Fantastico menyatakan dia memang tak gembira dengan tindakan ibunya dan sangat marah.
“Saya sendiri tidak gembira dia melakukan semua ini. Saya sangat sangat marah.”
Nina tidak pasti sama ada dia akan kembali semula ke media sosial tersebut.
“Saya akan buat keputusan. Buat masa ini, saya tak bersedia lagi untuk buka semula akaun IG dan TikTok. Saya tak pasti sama ada ianya keputusan yang betul ataupun membuatkan keadaan lebih keruh.”