Manchester United dikatakan masih teguh berdiri di belakang Erik Ten Hag tentang isu melibatkan Jadon Sancho. Selepas pemain itu mengecam secara terbuka pengurusnya dan melabel Ten Hag sebagai penipu dan telah lama menjadikannya kambing hitam setiap kali kalah.
Ten Hag membekukan pemain itu, memberikan peluang untuk dia meminta maaf. Namun Sancho tak mahu meminta maaf. Ten Hag mengambil tindakan lebih tegas dengan melarang pemain itu berlatih bersama pasukan utama, dilarang berada di perkarangan dewan makan skuad utama dan dilarang menggunakan parking kereta skuad utama.
Dia juga dilarang sama sekali menggunakan kemudahan dan fasiliti latihan skuad utama. Diarahkan berlatih dengan skuad pembangunan namun tidak dibenarkan duduk bersama pemain pemain muda di bilik persalinan selepas tamat latihan.
Sebelum aksi berdepan Bournemouth, Erik Ten Hag ditanya sama ada dia akan memberikan peluang kepada Sancho untuk kembali. Ten Hag berkata: “Jadon Sancho tahu apa dia harus lakukan untuk kembali bersama kami semula,” tegas beliau yang mengesahkan bahawa dia meletakkan syarat pemain harus meminta maaf.
“Segalanya terpulang kepada dia sendiri. Ini tentang budaya dan semua pemain harus menepati beberapa standard, ia berkaitan dengan perkara itu.”
🚨 Ten Hag when asked if Sancho will ever return to his squad: “Jadon knows what he has to do if he wants to return and it is up to him”.
“It’s about a culture and every player has to match certain standards and it was about that”. pic.twitter.com/oEFYclpTtC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 8, 2023
Dengan Sancho yang tiada tanda tanda meminta maaf. Man United dikatakan sedia memberitahu pemain itu bahawa dia harus keluar pada Januari. Kerana kelab tak sanggup menanggung gaji pemain itu sekitar £350k / RM2.05 juta seminggu.
Kelab berharap Sancho akan membantu memudahkan urusan itu nanti. Dengan menerima pengurangan gaji misalnya. Kerana sukar mencari kelab yang sanggup membayar gaji sebesar itu kepada Sancho.
Dortmund sendiri sudah menegaskan bahawa mereka sentiasa terbuka menerima Jadon Sancho, namun mereka tidak ada kemampuan membayar gaji Sancho sedia ada atau membayar jumlah yuran perpindahan yang terlalu besar.
Kelab sangat kecewa dengan cara Sancho berdepan dengan situasi dia dan Ten Hag yang dianggap sangat tidak matang dan tak profesional. Dia hanya berdiam diri tak memberikan tunjuk sebab seperti diminta dan langsung tak mahu meminta maaf.
🚨 Jadon Sancho is likely to leave Manchester United in January due to his refusal to apologize to Erik ten Hag for questioning the Dutchman’s explanation for why he was left out of September’s loss at Arsenal. [@JamieJackson___] pic.twitter.com/cXFTL4bNRs
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 10, 2023
Ten Hag dikatakan tidak mahu dibelenggu dengan soalan tentang Sancho lebih lama. Yang dikhuatiri akan memberikan lebih impak negatif kepada imejnya di Man United. Di mana sebelum ini dia sudah dituduh sebagai pengurus yang robotik dan tiada rasa simpati.
Walaupun situasi Sancho nampak rumit. Laporan The Guardian yang sama menyebut bahawa Marcus Rashford sedia untuk memujuk Ten Hag agar menerima semula Sancho dengan memberikan kelonggaran kepada pemain itu. Di mana Ten Hag dan Sancho masing masing boleh melupakan saja sengketa mereka.