Tak Selesa Terlalu Seksi, Sarah Voss Pakai Baju Gimnastik Tutup Seluruh Badan, Seru Gimnas Lain Jangan Takut

Pasukan gimnastik Jerman telah menyebabkan banyak polemik di kalangan peminat sukan di Eropah selepas mereka memutuskan untuk memakai baju menutup badan sepenuhnya dalam European Artistic Gymnastics Championships pada bulan lalu.

Bintang muda Jerman, Sarah Voss, 21, telah memakai baju yang menutup keseluruhan badannya dalam aksi kelayakan di Basel. Dua hari kemudian dua lagi rakannya mengikut jejak langkah beliau dalam aksi all round di final.

Voss menyatakan, mereka berbuat demikian kerana sudah bosan dengan sikap ramai pihak yang menjadikan atlet wanita sebagai objek tatapan seksual mereka. Lebih teruk, ada segelintir audien hanya menyaksikan gimnastik wanita kerana nak melihat atlet yang cantik dan seksi.

Ia jelas lari daripada matlamat asal sukan tersebut yang mahu mempamerkan kehebatan individu dalam setiap acara.

Voss menyeru agar lebih ramai gimnas yang tampil memberanikan diri hanya memakai pakaian yang mereka selesa sahaja. Bukannya atas kehendak pihak lain ataupun penganjur. Ada ramai atlet gimnas wanita sebenarnya tidak selesa dengan pakaian yang terlalu terdedah dan menjolok mata tu.

Sarah Voss dengan terbuka berkata: “Kami berharap selepas itu, mana mana gimnas yang tak selesa dengan pakaian yang kebiasaan kita pakai selama ini, akan berani untuk mengikut langkah kami.”

German Gymnastics Federation (DTB) memutuskan untuk menyokong tindakan Voss dan rakan rakannya dalam menentang “sexualization in gymnastics.”

Voss menambah: “Dalam sukan gimnastik, ianya sukar dan makin sukar, ketika badan kamu semakin dewasa.”

“Ketika kecil, saya tak kisah memakai baju gym yang nipis kerana ianya bukan perkara besar sangat. Namun apabila kamu sudah beranjak ke remaja, dan sudah melalui haid, itu membuatkan saya menjadi semakin tak selesa untuk memakai baju seperti itu.”

Menurut RT, sebenarnya tiada undang undang yang melaran gimnas memakai baju yang lebih tertutup. Namun cabarannya, ada sesetengah juri memotong mata gimnas tersebut dan ada penganjur meminta gimnas memakai baju lebih pendek.

Ianya realiti yang sangat pahit untuk ditelan sebenarnya.

Netizen di Eropah ramai menyokong, walaupun ramai juga yang memperlekehkan usaha Voss dan rakan rakannya yang dituduh gila publisiti. Ada juga menyindir Sarah, seperti mamat ni:

Entah dari mana dia dapat sumber menyatakan feminism dulu ajak perempuan berbogel ni.

Namun yang penting ramai yang menyokong Sarah Voss. Seorang peminat menyatakan sokongan beliau kepada Voss dengan berkata: “Ianya nampak hebat!”

Seorang lagi mengucapkan tahniah kepada Voss yang tampil untuk memberanikan diri untuk memperjuangkan hak mereka berpakaian dan tampil dengan apa yang mereka selesa sahaja.

Ada seorang lagi netizen lelaki, menyatakan dia menyokong usaha Voss dengan berkata: “Syukurlah Tuhan, akhirnya ada yang bersuara tentangnya. Sebab kadangkala saya nak tengok mereka beraksi di tv, jadi kekok dan malu pula depan anak anak dan keluarga yang lain,” kata lelaki itu yang seringkali risau dituduh menggatal melihat wanita seksi, sedangkan dia memang peminat gimnastik.

Kemudian ada yang meminta agar sukan bola tampar pantai pula tidak terlalu seksi. Kerana sukan tersebut yang melibatkan wanita dianggap terlalu seksi dan tak sesuai untuk tontonan umum.

“Perkara itu sudah lama saya nak bangkitkan. Terima kasih Sarah, fokus kepada prestasi bukannya body. Saya nak tengok pemain bola tampar pantai pula ambil tindakan sama, hentikan memakai baju yang terlalu kecil tu.”

Voss menamatkan saingan di tangga ke-94. Namun dia ternyata tersenyum puas kerana usahanya memberikan kesedaran kepada dunia mendapat perhatian.

Baca yang lain

Mike Tyson vs Jake Paul Julai Ini

Pertarungan petunjukkan antara Mike Tyson menentang YouTuber, Jake Paul akan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024. Pertarungan itu akan disiarkan secara langsung