Tak Senonoh: Pengadil Ini Kencing Tengah Padang Ketika Siaran Langsung

Kita semua tahu panggilan alam itu kena sahut juga walau apa terjadi. Antara yang kita ingati adalah melibatkan Luis Suarez dan juga Eric Dier. Mereka tak tahan tetapi masih menjaga tatasusila seorang manusia.

Namun sebenarnya banyak juga kes pemain dan pengadil yang tak tahan dan kencing di padang ataupun di tepi padang.

Di Brazil dalam seorang pengadil yang bertugas untuk perlawanan antara Boavista-RJ menentang Goiás, Denis da Silva Ribeiro Serafim telah menjadi popular kerana aksi tak senonoh. Di mana dia kencing di tengah padang sebelum sepak mula.

Lebih barai, aksi itu dirakam dan ditayangkan secara langsung oleh SporTV, sebuah pembekal perkhidmatan satelit di Brazil. ‘Bayar mahal mahal tapi tengok aksi tak bertamadun,’ kata seorang netizen Brazil yang kecewa dengan tahap moral yang rendah seperti itu.

Denis, pengadil dari Alagoas, dengan selamba menarik narik dan membetulkan seluarnya sambil dia terus melepaskan air kecilnya tanpa rasa bersalah.

Adegan luar biasa itu tidak disedari oleh penonton pad mulanya. Namun macam biasa, apabila internet bekerja, ianya terus tular ke seluruh dunia.

“Pengadil kencing mengalir pada kakinya,” kata Fael Lima.

“Ianya berlaku secara langsung, dan ramai tak perasan,” kata seorang lagi netizen.

“Bola sepak Brazil bukan amatur, ”kata pengguna Twitter, Caio.

Namun kes kencing tengah padang ni bukan perkara baru bagi orang Brazil. Bahkan pada tahun 1996, Ronaldo Fenômeno, dalam aksi sulungnya dengan jersi pasukan Brazil di Sukan Olimpik Atlanta, menentang Hungary, berpura pura duduk berehat di tengah padang, menarik bola dekat dengannya dan membuang air kecil di sana.

Neymar mengalami situasi yang sama, tetapi ketika sesi latihan di Santos FC.

Di kalangan profesional pengadil, Denis tidak sendirian dalam hal ini, kerana pengadil terkenal Swiss Massimo Busacca juga menjadi berita utama pada tahun 2009, semasa pertandingan bola sepak di Qatar, ketika dia mengeluarkan cairan kuning dari badannya ketika pemain rancak menyerang.

Haish macam macam mereka ni. Harap korang tak meniru aksi tak senonoh macam ni atas padang. Hancing wei.

 


 

BACA JUGA: [Video] Mourinho Kejar Dier Sampai Ke Tandas Ketika Perlawanan Sedang Berlangsung

Selain daripada pertengkaran dengan Frank Lampard di tepi padang, Jose Mourinho turut bengang dengan Eric Dier yang tiba tiba keluar dari padang.

Mourinho mengejar Eric Dier di terowong. Rupa rupanya pemain itu mahu menyahut panggilan alam.

Spurs mengatasi Chelsea selepas penentuan sepakan penalti. Spurs ketinggalan awal dalam perlawanan ini menerusi jaringan Timo Werner.

Namun pada babak akhir perlawanan Tottenham Hotspur membalas gol itu menerusi Eric Lamela.

Berbalik kepada insiden Dier yang pergi ke tandas, beliau menyatakan Jose Mourinho memang kurang gembira dengannya.

Dier dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan beliau berkata: “Coach tak gembira tadi, tapi saya tak boleh berbuat apa-apa, apabila panggilan alam memanggil.”

“Saya dengar, pasukan lawan mencipta peluang gol ketika saya tiada di atas padang. Syukurlah, mereka tidak menjaringkan gol dan kami mengakhiri perlawanan sebagai pemenang.”

Jose Mourinho menyatakan bahawa dia tahu Eric Dier nak ke tandas. Dia cuma sengaja mahu memberikan tekanan kepada pemain itu untuk melakukannya secepat mungkin.

Itulah sebabnya Mourinho berkejaran dengan Dier sampai ke tandas. Mourinho kemudian menambah, Dier menjadi begitu kerana badan pemain itu dehidrasi.

Mourinho mengkritik penjadualan perlawanan oleh FA yang terlalu padat.

Spurs bermain 4 perlawanan dalam tempoh 7 hari.

Dua hari lalu mereka berdepan Newcastle, dan kemudian Chelsea. Selepas ini berdepan Maccaibi Haifa dalam kelayakan Europa, dikuti Man United, 2 hari kemudian.

“Ya dia kena pergi [ke tandas], itu saya tahu, dia kena pergi juga.”

“Mungkin itu perkara biasa berlaku apabila kamu benar benar dehidrasi. Dan sudah tak ada apa lagi dekat otot kamu, ini boleh berlaku.”

“Dia adalah contoh terbaik kepada semua yang bermain dalam dua perlawanan terakhir ini, sudah tentu.”

“Jika badan pengendali bola sepak tidak kisah kepada pemain, saya peduli, dan sudah tentu Eric Dier tak akan dapat bermain pada aksi Khamis.”

Eric Dier turut menghadiahkan anugera MOTM kepada tandas yang membantunya kembali selesa.

Baca yang lain