Tak Takut Ugutan Saman Barca, Atletico Malah Terus Simpan Griezmann Dan Mainkannya Kurang 30 Minit

Atletico Madrid sebelum ini menyatakan bahawa mereka tak takut dengan ugutan Barcelona yang mahu mengheret mereka ke muka pengadilan.

Ini kerana Atletico mahu mengelak daripada tanggungjawab untuk membayar €40 juta kepada Barcelona, sebagai bayaran perpindahan tetap.

Atletico musim ini hanya menurunkan Griezmann pada minit ke-60 atau ke atas, dipercayai untuk mengelak pemain itu bermain 50% aksi.

Zack Lowy dalam laporannya berkata: “Jika Antoine Griezmann bermain 50% atau lebih – daripada jumlah minit dia tersedia musim ini, Atletico akan terpaksa membayar €40 juta membelinya pada akkhir musim ini [dari Barcelona].”

“Oleh itu, Grizmann hanya bermain 30 minit dalam kedua dua perlawanan pertamanya musim ini.”

Griezmann kini berada di tahun akhir tempoh pinjamannya di Atletico. Lowy menambah lagi:

“Atletico tidak akan terikat dengan tanggungjawab untuk membelinya €40 juta jika dia terus bermain 30 minit setiap perlawanan.”

“Griezmann boleh kembali semula ke Barcelona selepas pinjaman 2 tahun di Atletico, dengan kontraknya akan berakhir pada 2024.”

“Tahun akhir kontraknya menyaksikannya akan menerima lebih €20 juta semusim di Barcelona.”

Perkara ini pastinya kurang disenangi Barca. Dan ianya boleh menutup peluang kedua dua pasukan berunding lagi untuk peminjaman pemain pada masa akan datang.

Barcelona dilaporkan sudah bertelagah dengan pihak Atletico Madrid menuduh kelab itu cuba bermain taktik kotor mahu mengelak tanggungjawab mereka.

Atletico perlekehkan ‘ugutan’ Barcelona

Atletico Madrid nampaknya tidak panik dengan ugutan Barcelona. Kerana menurut mereka, pasukan mereka tidak melakukan apa apa kesalahan dalam perkara itu.

Atletico malah meminta Barcelona tidak masuk campur dalam isu siapa pemain yang mereka mahu turunkan dan bila mereka mahu turunkan pemain itu. Lebih lebih lagi, Griezmann menunjukkan prestasi cemerlang pada musim ini dengan sistem pertukaran 30 minit terakhir itu. Membuktikan bahawa ianya berkesan secara taktikal dan pemain itu tiada masalah untuk melakukannya.

Jika Griezmann tidak berpuas hati, dia boleh membantah sendiri dengan Diego Simeone. Namun setakat ini pemain itu dipuji oleh Atletico kerana sangat profesional walaupun seringkali berada di bangku simpanan.

Walaupun sebelum ini terdapat kerisauan pada diri Griezmann, bahawa dia mungkin bakal terlepas ke Piala Dunia 2022 jika keadaan ini berterusan. Tetapi kini keadaan agak baik baik sahaja.

Penyerang pasukan kebangsaan Perancis itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan yang diharunginya.

Malah, Griezmann menyumbang satu gol dalam kemenangan tipis Atletico Madrid ke atas FC Porto dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Relevo melaporkan bahawa, Atletico bertegas bahawa dalam kontrak, Griezmann harus bermain sekurang kurangnya 50% minit perlawanan pasukan untuk membolehkan kelab itu tertakluk kepada kewajiban membelinya secara tetap.

Atleti kemudian mengingatkan Barcelona bahawa, mereka akan menghantar pulang Griezmann selepas tamat musim ini jika pemain itu gagal mencapai KPI tersebut.

Barcelona sudah memberitahu Atletico bahawa mereka akan cuba memastikan kelab itu membayar EUR40 juta dan membeli pemain itu secara tetap. Kerana mereka tahu Atletico mahukan Griezmann.

Tetapi Atletico berkata, Barcelona tiada hak memaksa Atletico untuk membeli barang yang mereka tak nak simpan. Terpulang kepada Atletico sama ada mereka mahu membeli atau tidak.

Dan mengingatkan sekali lagi, jika Griezmann tidak mencapai 50% masa bermain yang dikira berdasarkan minit, bukan penampilan dalam perlawanan, maka mereka terpaksa memulangkan pemain itu.

Terus ikut kepala sendiri

Terbaru dalam aksi La Liga antara Atletico dan Celta Vigo, Atletico sekali lagi meletakkan Griezmann di bangku simpanan. Dan hanya memasukkan beliau pada minit ke-63.

Matteo Moretto dari Relevo menganggap tindakan Atletico ini adalah manifestasi bahawa mereka tidak gerun dengan ancaman daripada Barcelona. Dan percaya kelab Catalan itu tidak akan dapat berbuat apa apa ke atas mereka.

Moretto berkata: “Atletico sangat tenang, mereka tak akan mengubah pendirian mereka dan terus melakukan apa yang mereka buat. Mereka jelas sekali tak akan membayar €40 juta kepada  Barcelona.”

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari