Pengurus baharu PSG, Luis Enrique dilaporkan berminat untuk membeli Kepa Arrizabalaga dari Chelsea.
Ini selepas Enrique kurang yakin dengan kualiti ball playing Gianluigi Donnarumma.
Penjaga gol Itali itu memiliki kemampuan bermain ball playing. Namun Enrique menuntut kualiti yang lebih tinggi dan lebih tenang daripada penjaga gol ball playing ketika berdepan tekanan tinggi daripada lawan.
Enrique mahu menggunakan sistem binaan serangan dari bawah dengan aktif pada musim ini.
Penglibatan penjaga gol dalam sistem ini akan dituntut dengan tinggi sekali.
Jadi, buat masa ini, Luis Enrique masih ragu ragu dengan kemampuan Donnarumma aka Zizan Razak Itali itu.
Nama yang mengejutkan adalah Kepa Arrizabalaga – menurut laporan L’Equipe. Penjaga gol yang memang ada kualiti ball playing yang baik. Namun musim musim sebelum ini dia cuma penjaga gol pilihan kedua di Chelsea di belakang Edouard Mendy.
Musim lalu, Kepa lebih banyak beraksi selepas Mendy berdepan masalah kecederaan.
Dan dia membuktikan kualitinya sekali lagi walaupun Chelsea menamatkan saingan di luar 10 teratas dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun kualiti Kepa banyak mendapat pujian terutama daripada peminat Chelsea sendiri.
Chelsea sudah menjual Edouard Mendy ke Arab Saudi. Menjadikan Kepa ketika ini sebagai penjaga gol pilihan utama di kelab itu.
PSG sedia mendapatkan Kepa Arrizzabalaga dan berharap hubungan baik antara Luis Enrique dan Kepa akan membantu proses itu.
Namun situasi semasa melibatkan penjaga gol di Chelsea, ianya akan menjadi perkara yang sukar untuk PSG meyakinkan Chelsea menjual penjaga gol tersebut.
PSG could be looking for a new goalkeeper as Luis Enrique has his doubts over Gianluigi Donnarumma's ball-playing ability, with #Chelsea's Kepa Arrizabalaga being one of the names mentioned.@lequipe
If PSG are serious, Kepa should gladly go for his sanity sake pic.twitter.com/6VErWbLbK7
— Maxwell Jay (@iam_brau) July 12, 2023
Adakah Kepa akan menyertai PSG pada jendela perpindahan kali ini?