Bintang lincah asal Jepun, Takefusa Kubo meminta pengadil memberikan lebih perlindungan kepadanya.
Pemain yang sedang beraksi untuk kelab Real Sociedad itu antara bintang yang menyerlah dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Tetapi dia kecewa dengan perlindungan yang sangat sedikit diberikan pengadil ke atasnya.
Ini kerana menurutnya, pemain yang lincah dan penghibur sepertinya seringkali menjadi mangsa kekasaran pemain lawan.
Beberapa minggu lalu tular video di mana Kubo telah diterajang dan juga ditarik oleh Ruben Alcaraz ketika sedang berduel dengan pemain itu.
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) December 22, 2023
Perkara itu bukanlah perkara luar biasa bagi Kubo. Lantas dia secara terbuka menyatakan bahawa pengadil tidak cukup bagus melindunginya.
“Tidak ada orang atau pengadil yang cuba melindungi saya. Ini sangat sukar buat saya.
“Saya cuba bermain dengan bola dan menghiburkan orang yang menyaksikan perlawanan, serta cuba untuk menang.
“Namun ada banyak perlawanan saya telah dikasari dan saya memerlukan lebih perlindungan ketika di atas padang,” tegas pemain itu kepada El Chringuito TV.
😢‼️ KUBO PIDE AYUDA:
🗣️ "Si no me protege ni la gente ni los árbitros, es difícil".
👏 El 'zasca' al arbitraje que aplaude el plató de @elchiringuitotv. pic.twitter.com/jTRASyBSKy
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) January 2, 2024
Dalam perkembangan lain, Takefusa Kubo akan mewakili negaranya dalam Piala Asia 2023 yang akan berlangsung tak lama lagi.
Jepun membariskan nama nama lain seperti Wataru Endo, Tomiyasu dan Kaoru Mitoma yang berpangkalan di EPL.
Mitoma sebelum ini dilaporkan cedera. Namun Jepun tetap memanggil pemain tersebut dengan keyakinan bahawa pemain itu akan sempat sembuh ketika peringkat kumpulan. Walaupun dia akan terlepas aksi pembukaan.
Dengan deretan nama bintang yang ada, Samurai Biru jelas sekali pasukan pilihan untuk Piala Asia kali ini selain Korea Selatan.