Taktik Kotor Kane Yang Berisiko Kepada Nyawa Dibongkar

Harry Kane dikenali sebagai salah seorang penyerang paling mantap dalam generasinya. Lihat sahaja rekod gol beliau sudah cukup untuk memberitahu siapakah Kane.

Musim ini Kane terus mengganas seperti musim musim sebelum ini. Gandingan beliau dengan Son Heung Min ternyata terus meningkat naik.

Namun ada perkara yang membuatkan warganet kurang senang dengan Harry Kane, iaitu taktik licik yang dianggap kotor.

Di mana Harry Kane dilihat beberapa kali menggunakan taktik yang sama untuk memanipulasi lawan beliau. Dan Kane membuatkan seolah olah lawannya sedang menyerangnya secara fizikal.

Dia pula hanya menahan asakan itu.

Namun netizen menunjukkan apa yang sebenarnya dilakukan Kane. Dia dilihat melihat ke arah lawannya terlebih dahulu dan melakukan sedikit kontak dengan membongkokkan badannya.

Kane semalam melakukan taktik itu ke atas Gabriel.

Kane dilihat sengaja melakukannya untuk memenangi foul dan sepakan percuma. Tetapi cara dia melakukannya sangat bahaya.

Ia dianggap challenge yang sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf tunjang ataupun tulang belakang kepada pemain lain.

Lantas ada pengguna yang menyertakan kompilasi taktikal yang dianggap kotor itu yang sudah beberapa kali digunakan Kane.

Penulis Arseblog, Lewis Ambrose menegaskan bahawa cabaran seperti itu adalah sama bahayanya dengan bentesan dengan dua kaki.

Ambrose berkata: “Ini dikira dan sama bahaya dengan mana mana terjahan dua kaki. Dia pemain yang sangat hebat, namun ini seharusnya diberikan kad merah setiap kali dia melakukannya.”

“Cabaran seperti ini adalah diharamkan dalam sukan ragbi.”

This is calculated and as dangerous as any two-footed tackle. He’s a hell of a player but this should be a red card every time. It’s illegal in rugby.

Seorang lagi berkata, gerakan seperti Kane itu adalah diharamkan dalam sukan NBA juga.

Lynxx berkata: “Gerakan ini sudah diharamkan dalam sukan NBA. Kamu boleh didenda kerananya. Ia sangat sangat bahaya.”

“[Ia gerakan] yang menghalang pemain untuk mendarat dan boleh memberikan malapetaka serta merta. Boleh memberikan kecederaan berbulan bulan lamanya.”

Nicky Beach pula berkata: “Jika pemain itu mendarat dengan tengkuknya dahulu, ianya menjadi sangat sangat bahaya. Dalam ragbi, para pemain harus menjaga keselamatan pemain lain yang melompat.”

“Kane jelas sekali tidak melakukannya [prihatin ke atas pemain lain]. Sangat bahaya dan berisiko, hanya untuk memenangi foul.”

Namun ada pemain yang tidak suka dengan gaya Kane itu dan bertindak balas.

Apa pula pandangan korang?

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan