Carlo Ancelotti membuatkan wartawan tergelak kecil mendengar taktikal dan organisasi pasukannya ketika penentuan penalti.
Dia tidak ada perancangan khas ketika penentuan penalti sebaliknya berharap pemainnya menjaringkan gol dan Man City pula gagal dalam tugasan mereka.
Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah menyingkirkan Man City – yang merupakan juara bertahan.
Kedua dua pasukan terikat secara agregat dalam 2 perlawanan. Membuatkan aksi diheret ke penentuan penalti.
Ederson menyelamatkan penalti Luka Modric, namun kemudian Bernardo Silva dan Kovacic gagal dalam penalti mereka. Paling mengecewakan adalah penalti Bernardo Silva yang dianggap penalti ‘malas’, terus ke dakapan Lunin.
Carlo Ancelotti’s reaction to Real Madrid winning the penalty shootout.
The calmest man in the stadium. 😂🤍pic.twitter.com/LxkUCaJNhz
— TC (@totalcristiano) April 17, 2024
Jika pengurus lain memiliki strategi yang rumit untuk penalti, Ancelotti lebih berserah kepada ‘doa’. Dia mendoakan pasukannya berjaya menyempurnakan semua penalti mereka dan Man City pula gagal.
Wartawan hanya kesipuan mendengar taktikal itu.
Ancelotti on what he was thinking during the penalty shootout: “I hope we score and they don’t”
byu/CafieroandMalatesta insoccer
Pembantu kepada Ancelotti, Davide Ancelotti, mendedahkan bahawa kesemua pemain Real Madrid mahu mengambil sepakan penalti. Menunjukkan bahawa mereka benar benar tidak gentar dengan tugasan itu.
Paling menarik Davide mendedahkan Carlo Ancelotti, dibantu oleh Davide sendiri dan kemudian Kepa menjadi panel penilaian yang memilih siapakah yang akan mengambil penalti jika aksi berlarutan ke penentuan penalti.
Kepa Arrizabalaga, pemain pinjaman dari Chelsea, sebelum ini seringkali diusik sebagai pengurus pasukan selepas insiden dia tidak mahu dikeluarkan oleh Sarri beberapa tahun lalu di Chelsea.
David berkata: “Saya berunding tentang pengambil sepakan penalti dengan ayah saya. Dengan bantuan Kepa Arrizabalaga dan beberapa pemain, kami telah menukar beberapa daripada mereka.
“Idea tentang siapa yang akan mengambil sepakan adalah datang daripada staf kejurulatihan.”
Davide Ancelotti: "I consulted the penalty takers with my father. With the help of Kepa and some players, we changed a couple of them. The idea of who shoots comes from the coaching staff." pic.twitter.com/PipC5f598T
— Madrid Universal (@MadridUniversal) April 17, 2024
Kepa turut menjadi individu yang membantu Lunin sebelum sepakan penalti dengan memberitahu penjaga gol itu informasi penting tentang penalti Manchester City.
Btw shoutout to KEPA for telling Lunin about Man Cities pen takers lol pic.twitter.com/m71y3xoQBq
— WolfRMFC (@WolfRMFC) April 17, 2024
Jelas sekali Kepa adalah wira tak didendang dalam kejayaan Real Madrid kali ini. Namun dia benar benar memainkan peranan penting. Sayang sekali dia selepas ini harus akur bahawa dia tidak akan kekal di Real Madrid. Kerana kelab itu memutuskan untuk memulangkannya semula ke Chelsea.
Ini kerana prestasi Lunin yang luar biasa yang akan menjadi pesaing kepada Courtois musim hadapan.
Ancelotti sendiri akui dia terkejut apabila semua pemain Real Madrid mahu mengambil penalti terutama sekali Antonio Rudiger.
“Semua pemain nak ambil penalti, dan saya sangat terkejut dengan Rudiger.” tegas Don Carlo.
🗣 Ancelotti: "Everyone took the penalties very well. Rüdiger surprised me a lot." pic.twitter.com/diTvhiahDK
— Madrid Xtra (@MadridXtra) April 17, 2024
Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Di mana mereka kini turut berada di landasan terbaik untuk menjadi juara La Liga. Jadi Real Madrid boleh menamatkan musim ini sebagai juara liga dan juara UCL