Takumi Minamino Akan Turun Dalam Derbi Dengan Rambut Belah Tengah

Takumi Minamino tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti beliau akan beraksi bersama kelab EPL. Dan impian itu lebih indah apabila pasukan yang beliau wakili adalah Liverpool.

Beberapa tahun lalu beliau menjadi pemain profesional bersama Cerezo Osaka. Sejak dari hari itu, Minamino bercita-cita mahu ke Liga Perdana Inggeris.

Beliau kini berpotensi melakukan debut dalam aksi debut dalaam salah satu derbi terbesar di England iaitu derbi Merseyside.

Segalanya berlaku sangat pantas. Beberapa bulan lalu beliau meledak half voli cantik untu Red Bull Salzburg ketika membangkitkan pasukannya.

Perlawanan yang kekal menjadi perlawanan paling menghiburkan di peringkat kumpulan ketika ini.

Liverpool kemudian sangat serius mahukan Minamino. Dan mereka mendapat tahu pemain itu boleh didapati dengan harga sangat murah kerana klausa pelepasan sekitar £7.25 juta sahaja.

Banyak kelab lain tak tahu akan angka itu dan merasakan pemain itu sekitar £20-£30 juta.

Dalam sidang media sebelum aksi perlawanan Piala FA, Jurgen Klopp menyatakan, beliau tidak pasti Takumi Minamino boleh mengadaptasi cepat sistem permainan.

Ini kerana beliau hanyalah bersama dengan pasukan dalam 3 sesi latihan.

Namun pengendali macho bersuara metal dari Jerman itu menegaskan, beliau tiada keraguan ke atas Minamino dan percaya kepada bintang Jepun itu.

Salah satu sebabnya adalah isu kecergasan pasukan yang sangat di’string’ dengan ketat kerana jadual yang sangat padat.

Malah Jurgen Klopp menyatakan mereka di Liverpool termasuk para pemain tiada masa untuk meraikan Krismas walaupun dengan minum sedikit dengan keluarga.

Klopp juga menyatakan simpati ke atas para pemain yang sekarey ini selepas tamat perlawanan terus balik dan tidur. Mereka pun ada keluarga.

“Sekarey ini, mereka terus tubik ke rumah ja. Tak ada hok minum minum dulu selepas perlawaney. Sebab jadual hok padat, supo natey beghuk.”

Minamino pula mungkin akan memberikan rehat kepada beberapa pemain lain. Klopp mendedahkan kalau boleh Liverpool nak Minamino datang lebih awal. Namun itu melanggar peraturan.

“Dia tubik Jepun lalu selepas sign kontrak dengan kito. Nak suruh dia mari awal, tak dapat la. Saloh, tu, bukey Mohamed Salah, itu laennnnnnn.”

“Selain Mino, Natey, eh tersasul, Nat Phillips pun kawe raso bulih beraksi.”

Jadi inilah sebab yang membawa kepada kemungkinan besar, pemain yang berwajah adiwira Jepun ini akan mampu untuk bermain.

Khamis ini, beliau akan berusia 25 tahun. Ini masa terbaik untuk memberikan impak sebelum hari jadi.

Sebagai tambahan, Takumi Minamino boleh bermain di mana mana peranan di tengah dan serangan kecuali no.6.

Beliau pemain yang rajin menyerang dan bertahan. Pastinya korang sudah tak sabar nak melihat aksi pemain pesen belah tengah ini membelah pertahanan Everton.

Harus diingat, lawan kita hari ini adalah skuad Ancelotti. Beliau merupakan satu satunya pengurus yang menewaskan Jurgen Klopp musim ini.

Sebab masa Piala FA hari tu tugasan diberikan kepada budak – budak raver.

Baca yang lain