Takut Salah, Mohamed Salah Sedaya Upaya Halang Liverpool Buat Pertukaran Keenam

Mohamed Salah dilaporkan cemas ketika Liverpool membuat pertukaran keenam. Salah takut salah salah haribulan Liverpool boleh ditarik 3 mata kerana kesalahan peraturan pertandingan.

Salah mahu tahu sama ada staf kejurulatihan Liverpool salah kira atau terlepas pandang  bahawa mereka sudah membuat 5 pertukaran.

Salah dikatakan sedaya upaya menghalang pasukannya daripada melakukan pertukaran keenam ketika menentang Soton semalam.

Namun pengadil kemudian memberitahu Mo Salah bahawa Liverpool mendapat kuota extra pertukaran keenam kerana pasukan lawan sudah menggunakan pertukaran kecederaan kepala.

Peraturan pertukaran pemain kerana concussion tidak ada kaitan dengan kuota pertukaran 5 pemain yang biasa. Dan apabila lawan mereka mendapat 1 kuota tambahan kerana Bendarek dikeluarkan akibat kecederaan kepala, maka Liverpool secara automatik mendapatnya.

Anda boleh baca di sini:

Kenapa Liverpool Buat 6 Pertukaran Lawan Soton? Ini Jawapannya

Mohamed Salah terus cemerlang dengan beberapa lagi catatan rekod setelah menjaringkan 2 gol di Anfield semalam

Mo Salah menyamai rekod Henry dan Haaland dengan 44 sumbangan gol (gol+ assist) dalam semusim. Dan dia masih ada baki musim yang panjang untuk melanjutkan lagi rekod tersebut.

Bukan itu sahaja, sang Raja Mesir itu kini memintas Sergio Aguero sebagai penjaring kelima terbanyak EPL sepanjang zaman. Ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai legenda hidup EPL.

Salah  turut memintas Gordon Hodgson untuk menjadi pemain ketiga paling banyak gol dalam sejarah Liverpool.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool 16 mata di atas Arsenal dalam carta Liga Perdana Inggeris. Jurang mata yang sangat besar. Dengan Arsenal tidak boleh tercicir mata dalam 2 baki perlawanan dalam tangan mereka ada.

Persaingan EPL masih lagi tidak mahu dilepaskan Arteta. Minggu lalu dia menyatakan bahawa, langkah mayat dia dulu kalau nak Arsenal mengalah. Dan selepas kekalahan di tangan West Ham, Arteta mengulangi pendirian dan idea yang sama.

Arseenal boleh mengurangkan defisit mata kepada 10 mata jika menang 2 perlawanan dalam tangan. Dan mereka masih ada kunjungan ke Anfield untuk membantu mereka mengurangkan lagi jurang mata. Selebihnya mereka berharap Liverpool keciciran mata demi mata.