Taman Tema Dibuka Semula Di Jepun, Namun Dilarang Menjerit Ketika Menaiki Roller Coaster

Normal baharu kini sedang melanda dunia kerana wabak covid-19 yang menyerang secara global.

Pandemik itu telah membuatkan WHO mengisytiharkan darurat kesihatan global.

Setelah beberapa bulan berperang dengan wabak tersebut, akhirnya banyak negara sudah mulai membuka kembali pelbagai sektor kepada orang ramai.

Tidak kurang juga yang mulai kembali merancakkan semula sektor ekonomi. Namun segalanya dilakukan dengan normal baharu serta protokol yang sangat ketat.

Terbaru Jepun mengumumkan bahawa negara mereka membuka tempat radah dan rekreasi.

Ini termasuk taman permainan dan juga tempat hiburan di taman tema.

Namun ada satu peraturan pelik yang dikenakan ketika beriadah dan berhibur di taman tema iaitu, orang ramai yang menaiki roller coaster tidak dibenarkan menjerit.

Fuji Q Amusement Center antara yang menguatkuasakan peraturan ini.

Dapat tak korang bayangkan bermain roller coaster tetapi dilarang menjerit?

Terdapat juga orang awam yang bertanya, macamana nak bermain roller coaster tanpa menjerit.

Salah seorang daripada pegawai penguatkuasa menyatakan: “Jeritlah kuat kuat dalam hati.”

Ianya salah satu cara untuk menyekat penyebaran wabak covid daripada udara. Apabila korang menjerit, air liur pun terkeluar sekali.

Tetapi kalau difikirkan balik, kan ada pelitup / topeng muka?

Pemakaian topeng muka adalah wajib.

Berita yang dianggap pelik ini mendapat perhatian daripada Wall Street Journal.

Dan lihat dua orang mamat ni menunjukkan demo cara bermain roller coaster tanpa jeritan.