Tan Cheng Hoe Nafi Mahu Ganti Feichtenbeiner

Bekas pengendali Harimau Malaya dan juga pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe menafikan bahawa dia akan menggantikan ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner.

Feichtenbeiner mendapat tekanan kuat selepas prestasi tidak menentu pasukan Selangor di bawah kendaliannya. Walaupun dia diberikan dana yang cukup untuk membina pasukan.

Selangor dilihat masih gagal menyaingi pasukan JDT untuk kejuaraan liga. Lebih teruk lagi, Selangor mungkin harus melupakan hasrat mereka untuk ke ACL musim hadapan.

Nama Tan Cheng Hoe mulai dikaitkan dengan Selangor.

Tan Cheng Hoe memiliki profil yang sangat menarik dalam arena bola sepak Malaysia. Beliau membantu Kedah menjuarai Liga Premier, naik semula ke Liga Super dan kemudian menang Piala Malaysia pada 2016.

Ketika membimbing pasukan Kedah, beliau menerapkan DNA taktikal yang mengujakan. Kecemerlangan beliau di Kedah membuatkan dia ditawarkan kontrak menjadi ketua jurulatih Malaysia.

Tidak lama selepas itu, TCH meletakkan jawatannya. Dia seringkali dikaitkan dengan beberapa pasukan di dalam liga Malaysia. Terbaru, dia dikaitkan dengan pasukan Selangor.

Ini kerana dia dianggap sangat sesuai membimbing Selangor yang sarat dengan bakat muda dan beberapa nama besar di arena bola sepak Malaysia.

Namun Ah Hoe terus menafikan perkara itu. Dia tidak mahu dikaitkan dengan kerusi empuk yang sedang diduduki oleh Feichtenbeiner pada ketika ini.

Bercakap kepada BH Online, dia menegaskan bahawa itu cuma khabar angin semata mata buat masa ini. Tan Cheng Hoe tidak menolak jika rezekinya tiba untuk membimbing pasuka dalam kancah bola sepak Malaysia suatu hari nanti, termasuk Selangor.

Namun buat masa ini, beliau masih tidak memikirkan soal pengurusan bola sepak. Lebih menumpukan kepada masa berehat bersama keluarganya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.