Tan Cheng Hoe Pening Fikirkan Kecederaan Aidil Dan Shahrul Saad

Malaysia kalah 0-3 di tangan Vietnam dalam aksi ketiga Piala AFF 2020.

Ketua jurulatih Malaysia iaitu Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa Malaysia kehilangan konsentrasi dalam perlawana hari ini di barisan pertahanan.

Seterusnya, kecederaan Aidil Zafuan membuatkan benteng pertahanan menjadi longgar.

Selepas Aidil dikeluarkan, Malaysia terus bocor dengan dua gol. Gol gol tersebut dihasilkan oleh Vietnam daripada pressing dan merobek benteng pertahanan.

Pemain pemain Vietnam diberikan ruang selesa untuk melakukan rembatan.

Bercakap kepada Astro Arena selepas perlawanan, Tan Cheng Hoe berkata:

“Hari ini kita hilang konsentrasi di bahagian pertahanan dan melepaskan bolos.

“Selepas Aidil dikeluarkan kerana kecederaan, ada sedikit kelonggaran di bahagian pertahanan.”

Tan Cheng Hoe mengakui bahawa beliau melakukan perubahan taktikal pada separuh masa kedua. Namun perancangannya kurang menjadi apabila Shahrul Saad pula cedera di bahagian pertahanan.

“Pada separuh masa kedua, kita sekurang kurangnya dapat mengimbangi pasukan Vietnam.”

“Namun ramai pula pemain yang cedera,” kata Tan Cheng Hoe merujuk kepada Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad yang turut cedera.

Ketiadaan Shahrul Saad membuatkan pertahanan Malaysia kembali longgar.

Ditanya apakah perancangan beliau jika Shahrul Saad dan Aidil terpaksa berehat panjang, Tan Cheng Hoe berharap kedua dua pemain akan segera cergas.

Ini kerana Malaysia masih ada seminggu lagi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi lawan yang seterusnya.

Kecederaan Shahrul Saad dan Aidil menambahkan lagi senarai kecederaan di pertahanan. Sebelum ini Junior Eldstal cedera.

Sebagai tambahan, Malaysia memiliki skuad yang sangat kecil dalam pertandingan kali ini dengan hanya membawa 24 pemain sahaja berbanding pasukan lain yang mana mana rancak dengan 30 pemain.