Hidilyn Diaz merupakan pemenang pingat emas pertama untuk Filipina dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.
Satu kisah yang menarik tentang Hidilyn adalah, beliau berlatih dan menerima vaksinnya di Malaysia sebelum berlepas ke Tokyo.
Kisah wanita yang memberikan emas pertama Olimpik kepada negaranya
Atlet angkat berat, Hidilyn Diaz memang ayam tambatan Filipina, berjaya memenangi emas dalam acara 55kg di Tokyo International Forum. Atlet wanita berusia 30 tahun itu melakukan angkatan 97kg dalam acara snatch dan 127kg dalam acara clean and jerk. Secara keseluruhan Hidlyn mengangkat 224kg.
Hidilyn menewaskan peserta dari China, Liao Qiuyun yang hanya mengangkat terkumpul 221kg dan juga pingat gangsa milik Zulfiya Chinshanlo dari Kazakhstan (213kg).
Atlet berketurunan Zamboanga itu sudah bertanding dalam 4 olimpik. 3 pengalaman Olimpik lalu mematangkan Hidilyn, dan beliau memperbaiki dirinya setiap hari, bertahun tahun lamanya.
Di Rio 2016, Hidilyn memenangi perak dan ketika itu menjadi atlet Filipina kedua yang memenangi pingat olimpik selepas Teofilo Yldefonso pada 1092 — di mana Teofilo menenangi gangsa dalam acara renang.
Filipina menyertai Olimpik buat pertama kali pada 1924, dan sejak itu tak pernah menang sebarang emas. Sehinggalah pada tahun 2021 di Tokyo 2020, Hidilyn memastikan bendera negaranya berkibar dan lagu kebangsaan negaranya berkumandang.
GOLD FOR THE PHILIPPINES!!!
BREAKING NEWS. Hidilyn Diaz wins #GOLD for the Philippines in #Tokyo2020 #Olympics weightlifting women's 55kg! CONGRATULATIONS!#PHI #Weightlifting https://t.co/Q2tG0VZYJN pic.twitter.com/BufUANOjee
— Rappler (@rapplerdotcom) July 26, 2021
Detik tersebut dihargai oleh seluruh rakyat Filipina dan juga peminat sukan dunia. Mereka ternyata berkongsi detik dianggap luar biasa itu sebagai salah satu inspirasi.
Seorang peminat berkata: “Jika Manny Pacquiao meninggalkan legasi dalam sukan tinju, Hidilyn meninggalkan legasinya dalam sukan olimpik”
Hidilyn dan persiapan di Malaysia
Selepas olimpik 2016 di Rio, beliau belajar pengurusan perniagaan di College of St. Benilde, Manila. Terpaksa mengambil cuti kerana sukan SEA 2019 dan mempersiapkan diri untuk Tokyo 2020.
Oleh kerana dia pandemik melanda, Diaz berlajar secara online dan belatih di Malaysia. Ketika di Malaysia, Diaz berseloroh bahawa dia berjaya melawan godaan makanan di Malaysia yang sedap. Namun kebanyakannya bergoreng dan manis. Bukan mudah untuk dia melawan godaan itu.
Diaz berada di sebuah kampung terpencil untuk fokus kepada latihannya.
Diaz berlatih di Jasin, Melaka. Dan menyatakan tempat dia berlatih dikelilingi pokok pisang dan pokok rambutan. Anak perempuan penarik beca di sebuah kampung miskin berhampiran pelabuhan Zamboanga di pulau selatan Mindanao, Diaz tidak bersama keluarganya sejak Disember 2019.
“Saya harus mengorbankan masa bersama keluarga, mengorbankan masa dengan rakan-rakan, mengorbankan masa dengan belajar … bekerja di Tentera Udara Filipina.”
Dia berlatih di Malaysia pada Februari 2020 kerana jurulatihnya dari China, Gao Kaiwen, berpendapat akan lebih baik baginya ketika dia fokus pada kelayakan ke Tokyo.
Pandemik melanda
Tetapi dalam beberapa minggu berlaku sekatan kerana pandemik yang menyebabkan Diaz berdepan cabaran dengan penutupan gimnasium, kekurangan akses ke peralatan angkat berat dan ketidakpastian yang mengejutkan sama ada Sukan Olimpik mungkin dibatalkan.
“Pada mulanya ada banyak kegelisahan, ketakutan, dan kekhawatiran kerana kami berada di Malaysia – kami tidak tahu di mana harus tinggal, kami tidak tahu di mana untuk berlatih,” kata Diaz.
Selama berbulan-bulan Diaz dan pelatihnya – “Team HD” – ‘terperangkap’ di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur di mana mereka harus berhati-hati untuk tidak memecahkan lantai seramik ketika berlatih dengan peralatan angkat berat.
Tetapi Diaz yang tidak kenal lelah masih berjaya mencari masa untuk mengumpulkan wang melalui sesi latihan dalam talian untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada keluarga miskin di rumah yang menderita semasa penguncian.
Pada bulan Oktober 2020, Diaz dan pasukannya berpindah ke sebuah kawasan luar bandar di Melaka — di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai angkat berat Malaysia.
Dia mula menggunakan gim berdekatan tetapi sekatan kemudaian diperketat lagi memaksanya untuk hanya bersukan dan berlatih rumah. Diaz juga menegaskan dia juga berdepan cabaran kerana cuaca panas pada ketika ini. Berbeza dengan latihan di gym.
“Setiap kali ada penguncian /lockdown, dunia kita benar-benar berhenti dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dan anda terkejut,” katanya.
“Sekiranya saya tidak mempunyai Team HD, saya mengaku tidak akan berada di sini, saya akan pulang ke Filipina.”
Diaz pastinya berterima kasih dengan Malaysia. Bukan sahaja tempat berlatih, malah dia menerima vaksinnya di sini.
Ketika menerima vaksin itu, Hidilyn yang disuntik vaksin AstraZeneca berkata: “Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mengesahkan pendaftaran kami untuk vaksinasi.”
Menurut Diaz, vaksin itu penting untuk dia dan pasukannya TEAM HD bagi menyertai Olimpik.
Balas jasa Malaysia
Hidilyn Diaz sudah beberapa kali menzahirkan terima kasihnya kepada Malaysia. Dia tidak akan sesekali lupa jasa orang di Malaysia yang banyak membantunya.
Terbaru, Team Malaysia melaporkan bahawa Hidilyn Diaz mahu membalas jasa Malaysia dengan menjadikan seorang atlet angkat berat negara kita sebagai protegenya.
Atlet tersebut ialah Atikah Sobri, yang akan dibawa oleh Diaz ke negaranya Filipina. Atlet tersebut akan berguru di sana selama 3 bulan. Dengan semua perbelanjaan adalah ditanggung oleh Team HD.
Team Malaysia menulis: “Media melaporkan pemenang pingat Emas 🥇 angkat berat wanita di temasya #Olympics #Tokyo2020, Hidilyn Diaz akan menjadikan atlet angkat berat remaja 🇲🇾, Atikah Sobri (belakang) sebagai protegenya dan akan membawa Atikah berlatih selama 3 bulan di negaranya, Filipina 🇵🇭 ditanggung segala perbelanjaan!”
“Ia sebagai tanda terima kasih Hidilyn terutamanya kepada Pusat Latihan Angkat Berat Kampung Kesang Tua di Jasin yang menjadi tempat persiapannya untuk ke Olimpik Tokyo 2020. Respect!”
Diharap Atikah menggunakan kesempatan yang ada berlatih dengan sebaiknya dan mendapat ilmu sebanyak mana yang mungkin.
Rata rata peminat Malaysia terharu dengan tindakan Hidilyn yang menunjukkan bahawa beliau benar benar tidak lupa diri. Dan pada masa yang sama, ramai yang menganggap ianya adalah tanda semangat Asean mekar di hati semua.
Media melaporkan pemenang pingat Emas 🥇 angkat berat wanita di #Olympics #Tokyo2020, Hidilyn Diaz akan menjadikan atlet angkat berat remaja 🇲🇾, Atikah Sobri (belakang) sebagai protegenya dan akan membawa Atikah berlatih selama 3 bulan di negaranya, #PHI 🇵🇭! 😮 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/FTjsgfq8HP
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 16, 2021
Kenali Hidilyn Diaz
Hidilyn Diaz memang jaguh angkat berat Asia Tenggara. Reputasinya terus melonjak ketika memenangi perak di Rio 2016. Tidak hairanlah negaranya percaya bahawa Hidilyn adalah prospek emas di Tokyo 2020.
Hidilyn mulai menceburi bidang angkat berat menerusi sepupuny Allen Jayfrus Diaz. Di mana mereka membuat sendiri barbells daripada simen yang dimasukkan ke dalam paip besar.
Ketika kecil Hidilyn seorang kanak kanak yang aktif. Kerap membantu ayahnya menjual sayur serta mengayuh basikal roda tiga.
Ketika remaja, Hidilyn mulai aktif bersukan. Namun dia lebih menggemari sukan bola keranjang dan bola tampar.
Pada 2013, beliau pernah menyertai pasukan angkatan tentera — Philippine Air Force (PAF). Diaz kemudian dinaikkan pangkat daripada Airwoman kepada Airwoman second class. Selepas Olimpik Rio dia menjadi Airwoman First Class dan kini merupakan seorang tentera berpangkat sarjan.
Diaz kemudian fokus kepada sukan angkat berat kerana peluang lebih baik untuknya mewakili negaranya berbanding sukan lain. Hidilyn mendapat bantuan biasiswa Universidad de Zamboanga.
Pada awalnya Hidilyn menyatakan dia mahu menjadi atlet kerana mahu melancong ke seluruh dunia. Hidilyn kemudian semakin serius dalam sukan itu dan terpaksa berhenti daripada pengajiannya kerana angkat berat.
Diaz menjadi legenda sukan Filipina. Terlibat dalam 4 olimpik berturut turut. Memulakan debut pada usia 14 tahun di Beijing 2008. Ketika itu dia menyertai atas tiket wild card. Dia menjadi atlet paling muda dalam delegasi Filipina.
Diaz menyertai London 2012. Malangnya dia gagal menamatkan acara tersebut. Kebangkitan terbesar dicipta ketika Rio 2016 apabila Hidilyn Diaz memenangi perak acara 53kg. Dan menjadi atlet Filipina pertama menang perak olimpik.
Dia layak sekali lagi ke Olimpik 2020. Dan berjaya memenagi emas pertama untuk negaranya dalam temasya olimpik.
Pencapaian beliau dalam Sukan SEA, Hidilyn merupakan pemenang emas dalam Sukan SEA 2018 di Jakarta, juga dalam acara 53kg.
Pada 2019, Hidilyn sekali lagi memenangi emas sukan SEA di hadapan penyokongnya sendiri.
Sebelum itu, dalam kejohanan dunia 2017, Hidilyn memenangi gangsa. Pada 2019, beliau menenagi perak dalam kejohanan dunia.
Hidilyn kemudian menyambung semula pelajarannya. Dia menyiapkan diri ke Tokyo 2020 sebagai atlet-pelajar. Beliau juga seorang usahawan.