Tandukan Lay Off Ini Adalah Assist Ke-256 Ozil Dalam Karier, No.2 Terbaik Setakat Ini

Mesut Ozil merupakan pemain yang dikenali dengan kreativiti beliau di dalam permainannya. Beliau dilihat sebagai pemain yang memiliki visi yang sangat padu dan tajam.

Ianya disulami dengan teknik hantaran bola yang sangat baik oleh Ozil menerusi siri siri hantaran sesedap rasa.

Mesut Ozil pernah menjadi nadi penting Jerman ketika membantu negara itu menjauarai Piala Dunia.

Namun malangnya serangan perkauman yang teruk membuatkan Ozil pencen muda daripada pasukan kebangsaan Jerman.

Ozil kini menumpukan sepenuhnya karier di London bersama dengan pasukan The Gunners. Beliau merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Emirates.

Mesut Ozil musim ini bermula dengan agak hambar kerana Unai Emery yang kerap menyisihkannya, malah disisihkan daripada bangku simpanan pun kerap.

Ozil bangkit

Namun peralihan kuasa pengurus kepada Mikel Arteta memberikan beliau lebih banyak peluang untuk bermain.

Semalam dalam aksi berhadapan dengan West Ham, Ozil telah melakukan tandukan yang dikawal sesedap rasa untuk meng-assist Alexandre Lacazette.

Ozil menerima bola di dalam kotak penalti, menewaskan perangkap Ofsaid. Beliau kemudian melakukan tandukan yang cantik untuk mencipta peluang gol yang disudahkan oleh Alexandre Lacazette.

Tandukan lay off kepada Alexandre Lacazette itu merupakan assist yang ke 256 di dalam karier profesional Mesut Ozil.

Namun gol itu awalnya dibatalkan oleh pengadil. Ianya memerlukan VAR untuk menyemak sama ada gol itu sah atau tak.

VAR akhirnya mengesahkan bahawa bola itu masuk dan gol diberikan kepada Arsenal.

Dengan catatan 256 assist di dalam kariernya, Mesut Ozil membuktikan keunggulannya dalam mencipta peluang.

Dan hanya bintang Barcelona dan Argentina iaitu Lionel Messi sahaja yang melakukannya lebih banyak daripada Ozil pada ketika ini.

Arsenal berjaya melepasi cabaran West ham United dengan kemenangan tipis 1-0.

Walaupun kini aksi yang agak mencemaskan namun apa yang paling penting adalah pasukan The Gunners terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga dalam aksi tahun 2020.

Mereka juga dicemaskan oleh beberapa percubaan daripada West Ham.

Korang boleh saksikan assist menarik Ozil di dalam rangkuman aksi di bawah ini:

Kemenangan membolehkan Arsenal terus cuba mengejar slot 4 teratas. Walaupun di tangga kesembilan pada ketika ini, namun Arsenal hanya dibezakan dengan 4 mata dari Cheslea yang berada di tangga keempat.

Aspirasi Liga Juara Juara Eropah

Sebelum ini Arsenal mengumumkan kelab mereka menghadapi kerugian, impak daripada kegagalan layak ke Liga Juara Juara Eropah dalam 3 musim berturut turut.

Malah Mikel Arteta mengakui perkara itu memang memberikan impak kepada Arsenal pada ketika ini.

Arsenal sudah tersingkir dariapada Liga Europa. Jadi talian hayat mereka hanyalah menerusi slot ranking pada liga – jika mereka mahu mara ke pusingan akhir Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.