Tandukan Van Dijk Pastikan Klopp Julang Piala Carabao Bersama Liverpool

Tandukan Virgil Van Dijk memastikan Liverpool rasmi dinaobatkan sebagai juara Piala Carabao musi 2023/24.

Dan ia hadiah perpisahan yang sangat indah untuk Klopp yang akan meninggalkan The Reds pada akhir musim ini.

Liverpool dan Chelsea berentap pada aksi final Piala Carabao di Wembley.

Liverpool menurunkan skuad yang agak pincang dengan ketiadaan bintang bintang utama mereka seperti Mohamed Salah, Alisson, Trent Alexander Arnold dan Diogo Jota.

Klopp memberikan kepercayaan kepada Conor Bradley dan Coimhin Kelleher sekali lagi.

Kedua dua pasukan menikmati 90 minit pertama dengan peluang yang seimbang.

Chelsea memiliki beberapa peluang keemasan terutama sekali situasi kelam kabut di hadapan Kelleher.

Seterusnya Liverpool mendapat peluang mereka tersendiri dengan percubaan terkena tiang dan sebagainya.

Gallagher turut memiliki peluang keemasan daripada situasi 1 lawan 1 namun dihadang Kelleher.

Kedua dua pasukan menyaksikan 1 gol masing masing menerusi Raheem Sterling dan Van Dijk dibatalkan VAR.

90 minit berakhir dengan tanpa jaringan dan kedua dua pasukan bertarung di masa ekstra 30 minit.

Cerita dia masih sama. Namun Chelsea jelas lebih agresif mencipta peluang.

Liverpool kehilangan banyak bola di sepertiga akhir.

Petkovic cemerlang menafikan percubaan Harvey Elliot ketika aksi masa ekstra berbaki 5 minit lagi.

3 minit kemudian Van Dijk sekali lagi menanduk masuk sepakan penjuru dari arah kanan.

Kapten berjaya meletakkan pasukannya di hadapan!