Liverpool semakin hampir dengan kejuaraan EPL musim 2024/25. Apabila skuad Arne Slot mengutip 3 mata di Anfield berdepan West Ham.
Kemenangan itu hadir sehari selepas Arsenal keciciran mata pada aksi di Emirates menentang Brentford semalam.
Liverpool bagaimanapun hampir keciciran mata apabila Andy Robertson yang masuk sebagai pemain gantian sekali lagi melakukan kesilapan yang membawa kepada gol lawan. Kali ini kapten Scotland itu tertampan bola ke gawang sendiri.
Liverpool di hadapan menerusi gol awal Luis Diaz. Dan kemudian The Reds dominan sepanjang separuh masa pertama.
Separuh masa kedua ceritanya berbeza. Perubahan taktikal oleh West Ham memberikan Liverpool tekanan. Dan akhirnya mereka menyamakan kedudukan selepas beberapa kali menekan Alisson.
Robertson menjaringkan gol sendiri minit ke-86.
Mujur 3 minit kemudian Virgil Van Dijk meletakkan Liverpool kembali di hadapan menerusi tandukan deras daripada sepakan penjuru.
2-1 Liverpool.
VIRGIL VAN DIJKKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! THE CAPTAIN OF LIVERPOOL HAS DONE IT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LIVERPOOL WILL WIN THIS GAME !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/a0i0rNvEJM
— The Touchline | Football Coverage (@TouchlineX) April 13, 2025
West Ham hampir menyamakan kedudukan sekali lagi apabila percubaan Fullkrug terkena palang.
Liverpool bertahan dengan penuh berhati hati dan berjaya memastikan 3 mata milik mereka.
Kemenangan ini memastikan Liverpool hanya 2 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan. Dan jika Arsenal kalah aksi seterusnya, The Reds boleh bergelar juara dengan syarat mereka menang pada hari tersebut.