Tangisan Alpine Klopp Selepas Tewaskan Klopp Ori

Jurulatih Southampton, Ralph Hasenhuttl, dilihat menangis teresak esak sebaik sahaja pengadil meniup wisel panjang menandakan tamatnya aksi di antara Southampton dan Liverpool.

Tangisan kegembiraan itu mengiringi keraian kemenangan Southampton ke atas Liverpool.

Southampton berdepan dengan krisis prestasi sejak akhir akhir ini. Namun mereka berjaya menewaskan juara bertahan, Liverpool dengan gol tunggal Danny Ings.

Pasukan Jurgen Klopp telah dibuat untuk menelan kekalahan kedua mereka musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Hussenhutl menewaskan Klopp pertama kali dalam kariernya. Dan juga pertama kalinya beliau mendapat tiga mata  menentang Liverpool.

Selama ini atau dalam tiga perlawanan menentang Liverpool, Hasenhuttl selalu kalah. Rekod buruk itu akhirnya berakhir. Dan mungkin sebab itu Hasenhuttl menitiskan air matanya yang bercucuran turun ke bumi.

Hasenhuttl turut berlutut membuatkan detik itu sedikit emosional. Para pemain dan pegawainya menenangkan beliau.

Jurgen Klopp menyatakan bahawa Southampton selayaknya menang dalam perlawanan ini. Mereka bertahan dengan sangat baik sebaik sahaja menjaringkan gol awal.

Pertahanan Southampton boleh dikatakan luar biasa dalam menghadapi Liverpool. Di mana mereka berhadapan dengan 17 percubaan dari Liverpool sepanjang malam. Dan hanya 1 sahaja tepat.

Hassenhuttl melihat kesungguhan dan disiplin para pemainnya. Dan beliau tidak mampu meluahkannya dengan kata kata pada ketika itu.

Agak ironi kerana Hassenhuttl menewaskan Jurgen Klopp. Beliau pula digelar media Jerman sebagai ‘Klopp of The Alps’ / Alpine Klopp.

Gelaran itu diberikan media selepas beliau menggunakan pendekatan yang mirip Jurgen Klopp ketika bersama RB Leipzig iaitu dengan gegenpressing.

Beliau juga dianggap mirip Klopp kerana menggemari permainan bola sepak yang bertenaga dan menghiburkan.

Jurulatih dari Austria ini memulakan kariernya dengan pasukan divisyen 3 Jerman – Unterhaching – pada 2007. Empat tahun kemudian berhijrah ke Aalen.

Hasenhuttl mengambil alih pasukan tersebut ketika mereka bergelut di zon penyingkiran divisyen 3. Beliau berjaya membantu kelab mengelak penyingkiran dan membina semula pasukan yang lebih baik.

Beliau kemudian menguruskan Ingolstadt, dan mengubah kelab itu daripada pasukan mengelak penyingkiran menjadi juara Bundesliga 2 pada musim kedua beliau menguruskan mereka.

Hasenhuttle akhirnya merasai liga utama Jerman bersama Inglostadt.

He finished 11th in his first season at the pinnacle of German football, but opted against renewing his contract and took charge of newly promoted RB Leipzig.

Ketika di Leipzig beliau dikenali dengan formasi wingerles 4-2-2-2. Maka lahirlah bintang bintang seperti Emile Fosberg, Timo Werner, Naby Keita, yang menjadi pemain kunci.

Hasenhuttle seterusnya menjadi jurulatih RB Leipzig dan membantu kelab itu menamatkan saingan liga di tempat tertinggi dalam sejarah kelab pada ketika itu. Mereka menjadi pesaing kejuaraan.

Kariernya diluaskan lagi ke England, menggantikan Mark Hughes yang dipecat di St Mary’s. Sekali lagi Hasenhuttl menyelamatkan kelabnya daripada penyingkiran.

Southampton mulai mendapat pujian kerana berjaya mendapatkan sebutir lagi permata dalam dunia pengurusan selepas Mauricio Pochettino.

Walaupun masih belum meraih sebarang trofi bersama Southampton, namun Hasenhuttl tetap sentiasa mendapat pujian dalam pengurusan taktikalnya.

 

Baca yang lain