Tangisan Hendo Kerana Nak Kekal Di Liverpool, Bukannya Ditukar Dengan Dempsey

Jordan Henderson pada hari ini telah dianggap sebagai antara calon utama untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA 2019/20.

Beliau mengukuhkan namanya di dalam skuad Jurgen Klopp kerana kefahaman taktikal, kerajinan, versatiliti, komitmen….err, apa lagi aku nak puji ni, dan hensem.

Henderson menamatkan penantian UCL ke-6 Liverpool pada 2019, dengan menjulan piala telinga capang (big ears) di Madrid.

Beliau menjadi kapten kepada generasi Liverpool yang serba bintang pada hari ini.

Sejak hari pertama Jurgen Klopp menyertai Liverpool, beliau tidak pernah mengusik jawatan kapten pada Henderson.

Pemain yang turut disokong oleh Gerrard sebagai seorang pemimpin yang baik.

Jika kau nak bandingkan Hendo dan Gerrard, memang dia bukan level elit seperti Gerrard. Namun apabila bercerita soal kepimpinan, beliau ada karisma tersendiri.

Henderson memperagakan gaya burung bertenggek untuk menjulang Piala Super Eropah dan kemudian Piala Dunia Kelab.

Pada hari ini, Henderson telah menjadi pemain  yang hebat dan penting di dalam pasukan Liverpool.

Henderson yang bagus

Damien Commolli menyatakan, jika Henderson menunjukkan taringnya seperti ada sekarang, beliau tak akan dipecat – atas alasan pembelian yang overpriced.

Henderson juga mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sepasukan. Beliau dihormati di bilik persalinan.

Bukan mudah menjadi kapten kepada pasukan yang sarat dengan pemain terbaik apabila anda bukan pemain terbaik di dalam pasukan.

Ini bukan merendahkan dia. Maksud aku, Henderson ternyata mampu menjalankan  tugasan dia dengan baik.

Hendo merayu enggan ke Fulham

Namun tahukah korang, yang Henderson dahulu pernah menangis kerana memikirkan nasibnya yang diletakkan dalam senarai cadangan untuk digantikan dengan Clint Dempsey?

David Meyler dalam ulasannya di BT Sport menyatakan bahawa, Jordan Henderson adalah pemain yang dikehendaki oleh mana mana pasukan.

Meyler berkata: “Kalau kau tengok apa yang Jordan buat ann ann. Dia membolehkan Trent Alexander-Arnold  naik ke atas, dan dia cover ruang besar di belakang tu sepanjang masa.”

“Hendo dah seperti seorang defensive midfielder yang beraksi di sebelah bek kanan tau.”

“Dia faham, dia ada awareness kata orang putih, tentang kemampuan Trent yang naik ke atas. Bukannya dia naik suka suka, tetapi Trent nak mencipta peluang gol dengan cross dia. Kau tengok la jumlah assist Trent. Rasanya dah 10 kot dalam EPL.”

“Henderson ni tidak mementingkan diri sendiri dan sanggup buat apa sahaja demi pasukan.”

Meyler mendedahkan bahawa Jordan Henderson menjadi pemain yang dikehendaki oleh Fulham. Sebab masa tu Liverpool mahukan Clint Dempsey.

Fulham nakkan Henderson sebagai pemain yang disertakan di dalam perjanjian.

Henderson memberitahu Meyler, bahawa beliau tak mahu pergi ke Sunderland.

Hendo berkata: “Saya nak kekal di sini. Saya nak bermain untuk Liverpool, saya akan bermain untuk Liverpool.”

Henderson berusaha setiap hari untuk memenangi hati pengurus. Dan sehinggalah beliau berjaya menjadi kapten Liverpool.

Kini beliau berpeluang menjadi kapten Liverpool pertama selepas 30 tahun menjulang Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain