Pertembungan yang dijangkakan antara dua pesaing terbesar bola sepak itu gagal direalisasikan pada malam Khamis. Dengan Lionel Messi diletakkan di bangku simpanan dan Cristiano Ronaldo sekadar memerhati dari atas di tempat penonton ketika pasukan Al Nassrnya membelasah Inter Miami 6-0.
Ketika pemilik Inter Miami rancak melayan peminat di Malaysia dan bergambar di KLCC, pasukannya dibantai dengan teruk di Arab Saudi.
Ronaldo telah diketepikan kerana kecederaan betis dan Messi mengejutkan peminat di Arab Saudi dengan duduk di bangku simpanan dalam aksi perlawanan Piala Musim Riyadh
Ketua jurulatih kelab Liga Pro Saudi, Luís Castro, berkata pada hari Rabu bahawa Ronaldo tidak akan dapat bermain dalam perlawanan itu kerana kecederaan betis, manakala laporan mengatakan Messi diketepikan daripada kesebelasan utama sebagai langkah berjaga-jaga daripada kecederaan.
Terdapat kekeliruan menjelang sepak mula sama ada Messi akan dimasukkan ke dalam skuad Miami sama sekali selepas pasukan MLS menyiarkan kesebelasan utama di X, sebelum ini Twitter, dengan namanya tiada di kesebelasan utama atau simpanan.
Ada laporan menyebut bahawa Leo Messi sebenarnya tidak cergas untuk beraksi.
Walau bagaimanapun, siaran itu telah dipadamkan dan senarai pasukan baharu yang menempatkan Messi di bangku simpanan telah dikongsi.
Penyokong di Riyadh terpaksa menunggu sehingga minit ke-83 untuk melihat Messi memasuki aksi tersebut, ketika itu Inter Miami sudah ketinggalan 6-0.
Pemain Brazil Anderson Talisca menjaringkan hatrik untuk Al Nassr, manakala bekas pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte menjaringkan gol dari kawasan sendiri. Gol lain Al Nassr datang daripada Otavio dan Mohammed Maran.
Messi and Ronaldo saw they put them on the screen. 🤣🤣🤣 the director is having too much fun tonight. pic.twitter.com/CbhDA54Etl
— Juliet Bawuah (@julietbawuah) February 1, 2024
Ternyata Inter Miami lebih memerlukan Messi berbanding Al Nassr memberlukan CR7.
Perlawanan yang dianjurkan di Kingdom Arena di Riyadh, Arab Saudi, telah dianggap sebagai pertemuan terakhir kelab dua bintang yang mendominasi bola sepak Eropah selama sedekad, terutamanya semasa mereka bersama Real Madrid dan Barcelona.
Messi dan Ronaldo telah bertembung 36 kali sepanjang karier mereka dalam perlawanan untuk kelab dan negara, dengan pasukan Messi memenangi 16, pasukan Ronaldo menang 11 dan berpuas hati dengan keputusan seri dalam sembilan lagi perlawanan yang lain. Messi mempunyai 22 gol dan 11 bantuan dalam perlawanan tersebut; Ronaldo mempunyai 21 gol dan satu assist.
Inter Miami really brought on an injured Leo Messi when they are losing 6-0. The disrespect. 💀 pic.twitter.com/VSVqIoy83F
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 1, 2024
Ronaldo, yang telah memenangi lima anugerah Ballon d’Or, dan lapan anugera untukh Messi, bersorak dari tempat penonton ketika jaringan Al Nassr mencurah-curah.
Dengan Liga Pro Saudi sedang berehat pertengahan musim, Al Nassr merancang untuk bermain dua perlawanan di China menentang Shanghai Shenhua dan Zhejiang sebelum perlawanan menentang Miami di Riyadh.
Tetapi Ronaldo mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka pada 23 Januari selepas kecederaan betisnya telah menyadi sebab kepada penangguhan Al Nassr untuk bermain di sana.
Al Nassr dan Ronaldo sudah berjanji mereka akan mencari tarikh lain bagi aksi di China yang dianggap Ronaldo sebagai rumah keduanya.
Inter Miami, yang tewas 4-3 kepada Al Hilal pada hari Isnin, pergi ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim mereka. Mereka dijadualkan menentang Hong Kong XI pada 4 Februari.