Bernard Hopkins merupakan salah seorang daripada manusia yang mengakui mengenal keindahan Islam ketika di dalam keadaan kelam dan masa yang teruk.
Islam itu adalah cahaya baginya. Namun cahaya itu dia hanya temui ketika dia berada di tempat yang sangat gelap gelita.
Bagi peminat sukan tinju, nama Bernard Hopkins bukanlah asing. Beliau merupakan salah seorang jguh tinju dunia pada satu ketika dahulu.
Namun beliau telah terlibat dalam jenayah dan dipenjara. Beliau merasai tidur di tirai besi itu sewal usia 17 tahun lagi.
Menurut Muslim Observer, Hopkins pernah menjalani hukuman di penjara Graterford yang terkenal sebagai salah satu penjara yang sangat brutal.
Lembah paling gelap
Di sana beliau menyaksikan banyak sekali perkara yang mengerikan. Ini termasuk melihat banduan saling berbunuhan sesama mereka hanya kerana berebut sekotak rokok.
“Kehidupan di penjara bagi saya ketika itu seperti sekumpulan domba dengan serigala [dikumpulkan jadi satu]. Saya pernah menangis mungkin kerana mahu keluar dari sana.”
Hopkins merujuk kepada dirinya seperti domba kerana dia masih muda, berada berdekatan dengan serigala.
“Namun di penjara kamu harus menutup tangisan kamu jangan sampai orang lain tahu. Kamu ketakutan, namun tidak boleh untuk berkongsi dengan orang lain di sana.”
Hopkins sudah putus harapan ketika itu dan merasakan kehidupannya sudah habis. Dia merasakan selepas keluar penjara kelak, dia hanya akan menjadi seorang sampah masyarakat dan penjenayah.
Siapa yang nak mengambil banduan sepertinya bekerja?
“Penjara itu seperti sebuah cerminan kehidupan kejahatan di dunia. Anda boleh mengedar dadah di sana, berjudi dan sebagainya. Ia seperti sebuah kehidupan di lorong yang sangat keras.”
Di sana juga dia telah berlatih bertinju dan tidak mahu kehidupannya berakhir begitu sahaja. Pada awalnya dia belajar tinju kerana mahu mempertahankan diri daripada serangan banduan lain.
Bertemu Al Quran dan Inspirasi Ali
Dia seringkali dibantai banduan yang lain sebagai seorang banduan yang masih muda. Ketika mendalami ilmu tinju dia banyak diinspirasikan oleh Muhammad Ali.
Hopkins kemudian nekad untuk terus berlatih bertinju dan membayangkan dirinya adalah Muhammad Ali, daripada membuang waktu di sana.
“Penjara mengajar saya untuk memanfaatkan setiap detik dalam kehidupan kita. Ketika Anda di penjara, anda harus membunuh waktu. Mungkin jika saya tidak dipenjara, saya tak akan mendapatkan disiplin seperti ini.”
Setelah dia menguatkan fizikalnya, dia merasai dirinya masih kosong. Dan dia mulai mencari ketenangan spiritual. Dan pada suatu hari dia menemui Al Quran daripada rakan banduannya.
Hopkins mulai membaca Al Quran itu dan mendalami sedikit ilmu tentang Islam. Dan akhirnya, jiwanya memberitahunya bahawa, dia mahu memeluk agama Islam.
Bernard Hopkins kemudian keluar sebagai seorang mualaf. Dia mengucap dua kalimah syahadah, saat dia melangkah keluar dari penjara.
Namun siapa sangka, di penjara, satu tempat yang menurut Hopkins, lembah yang paling gelap. Di situ juga dia bertemu dengan agama Islam dan membentuk sahsiah peribadinya.
Dan di sana juga ‘munculnya’ Muhammad Ali ‘membantunya’ menjadi insan lebih baik dan memberikannya semangat menjadi petinju.
Muhammad Ali tak kenal pun dia apatah lagi melawatnya di penjara. Namun kisah Muhammad Ali telah memberikan kesan mendalam pada dirinya.
Keluar dari penjara, Bernard Hopkins mahu menjadi petinju profesional. Dia mengakui Islam membuatkannya kuat secara mental dan spiritual sama ada ketika di dalam gelanggang dan di luar gelanggang.
Hopkins menempah kegemilangan di kelas pertengahan dengan 20 kali mempertahankan gelarannya. Hopkins turut menjadi petinju pertama yang menjadi juara di 4 organisasi berbeza.
Pada Jun 2016, Hopkins memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Muhammad Ali. Beliau hadir dalam acara pemakaman dan solat jenazah saudara seagamanya itu.
Beliau turut berkongsi bagaimana Muhammad Ali telah mengubah hidupnya walaupun dia dahulu tak kenal pun Ali secara peribadi.
Tidak disangka, hanya dengan dakwah Muhammad Ali sambil bertinju, Bernard Hopkins antara mereka yang terkesan dan terpanggil untuk mengikut jejak langkahnya.
“Saya bukan siapa-siapa. Saya kalah pada debut tinju profesional saya [pada 1988], pernah dipenjara, dan sekarang berada di sini [pengebumian Muhammad Ali di Louisville, Kentucky] atas undangan keluarga dari Raja Tinju.”
“Saya hadir bersama mantan Presiden AS Bill Clinton, senator, anggota parlimen, dan sederet nama terkenal lainnya,” tulis Hopkins dikutip dari Philly Voice.
Rujukan: Muslim Observer