Tanpa ‘Kona’ Banyak, Tuchel Jujur Akui Aksi Saul Sangat Buruk Kerana Kesilapannya

Thomas Tuchel tidak berselindung tentang alasannya mengeluarkan Saul Niguez awal kerana pemain itu beraksi teruk sekali.

Namun pada masa yang sama Tuchel menyatakan, apa yang berlaku adalah kerana kesilapan dirinya sendiri yang terus menurunkan pemain itu.

Tuchel ternyata silap perkiraan dalam perkara ini.

Saul yang baru menyertai Chelsea, melakukan debut menentang Aston Villa. Namun pemain itu terpaksa melupakan debut tersebut kerana serba tak kena.

Dengan N’Golo Kante cedera dan Jorginho yang baru kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Itali, Saul diberi debut menentang Villa dari kesebelasan utama bersama dengan Matteo Kovacic.

Namun, keadaan tidak berjalan dengan baik untuk the Blues pada babak pertama, walaupun Lukaku memberikan mereka pendahuluan, dan pemain baru di garisan tengah mengalami masa yang sangat sukar.

Dia gagal melakukan hantaran yang dengan lebih kemas dan melepaskan bola kepada lawan dengan muda.

Tuchel yang melihat keadaan itu terus bertindak mengeluarkan pemain antarabangsa Sepanyol itu. Aston Villa menembusi garisan tengah sangat mudah.

Saul langsung tak ada idea untuk menghentikan ataupun melindungan back four pasukan Chelsea.

Kemasukan Jorginho ternyata memperbaiki aksi Chelsea di bahagian tengah.

Tuchel kemudian memberikan kenyataan yang jujur kepada wartawan tanpa berselindung dengan berkata:

“Dia melakukan beberapa kesalahan besar, melakukan kesalahan demi kesalahan,” kata Tuchel kepada Sky Sports.

“Dia bergelut dengan teruk dengan intensiti dan anda dapat melihat bahawa dia tidak sepenuhnya menyesuaikan diri dengan pasukan.”

Tuchel kemudian menyatakan bahawa dia yang harus dipersalahkan kerana terus menurunkan Saul. Kerana menyangkakan pemain itu benar benar bersedia dan sudah beradaptasi dengan pasukan baru serta liga baru.

“Ini sepenuhnya tanggungjawab saya. Saya fikir dia boleh masuk dan bermain untuk kami di tahap yang kami mahukan.”

Saul sebelum ini menyatakan bahawa dia telah meninggalkan Atletico setelah merasa dia tidak dihargai oleh kelab kerana dia tidak dibenarkan bermain dalam posisi yang disukai.

Terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Saul. Kerana ini baru perlawanan pertama. Ramai pemain yang bergelut dengan suasana baru di EPL.

Baca yang lain