Repsol Honda sekali lagi kempunan podium dalam persaingan motoGP pada musim ini.
Ini selepas pasukan mereka gagal menamatkan saingan di 3 teratas sekali lagi di GP Andalusia.
Fabio Quartararo dari Petronas Yamaha cemerlang mememenangi perlumbaan sekali lagi. Manakala Maverick Vinales dan Valentino Rossi dari Monster Energy Yamaha melengkapkan podium all Yamaha semalam.
Yamaha have had worse days π
1οΈβ£ Quartararo
2οΈβ£ ViΓ±ales
3οΈβ£ Rossi#AndaluciaGP pic.twitter.com/sI3cuj4zbSβ MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 26, 2020
Sebelum ini dalam perlumbaan di litar yang sama, Jerez, Repsol Honda turut gagal menaiki podium dalam GP Sepanyol.
Ayam tambatan mereka Marc Marquez terlibat dalam kemalangan β yang memaksa beliau menjalani pembedahan.
Prestasi Alex Marquez yang hebat
Walaubagaimanapun, Repsol Honda berbangga dengan prestasi rookie terbaik pada ketika ini iaitu Alex Marquez.
Di mana beliau berjaya menamatkan saingan di 10 teratas buat pertama kali.
Repsol Honda terpaksa menerima hakikat bahawa mereka masih tak dapat menggunakan khidmat pelumba sensasi mereka Marc Marquez.
Marc Marquez yang juga juara dunia bertahan, telah terlibat dalam sesi latihan bebas. Namun beliau menarik diri kerana terasa impak pada badannya β selepas patah tangan pada minggu lalu.
See you back here soon @marcmarquez93 πͺ
Time for you to enjoy the show instead of always putting on a show π pic.twitter.com/RJKxnSaJha
β Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 26, 2020
Repsol Honda hanya menyenaraikan seorang pelumba pada kali ini, iaitu Alex Marquez. Ianya agak pelik untuk pasukan kategori pengeluar itu.
Let's go π pic.twitter.com/EWddMEHrtQ
β Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 26, 2020
Selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam sesi latihan / FP keempat, Alex Marquez yang berusia 24 tahun terus menunjukkan dirinya adalah prospek yang sangat baik.
Beliau menamatkan saingan di tangga kelapan di belakang Pol Espargo β Red Bull KTM.
Prestasi terbaik daripada kem Honda adalah daripada LCR Honda iaitu Takaaki Nakagami.
Kejayaan Alex Marquez menamatkan saingan di 10 teratas itu dikongsi bersama oleh pasukan Repsol Honda yang masih menunggu bintang utama mereka untuk kembali semula apabila sembuh kelak.
Top rookie β
First top ten in @MotoGP β
That's a happy @alexmarquez73! pic.twitter.com/nGMIeaMBuU
β Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 26, 2020
Dalam Grand Prix Andalusia semalam, Fabio Quartararo dan Petronas Yamaha sekali lagi melakar sejarah dalam perlumbaan tersebut.
Quartararo kini memenangi 2 perlumban berturut turut pada musim ini. Menjadikan beliau pelumba dari Perancis yang terbanyak menjadi juara kelas Premier.
Berikut adalah kedudukan secara keseluruhan kesemua pelumba selepas 2 pusingan musim ini.
Β