Tapak Perlancongan Selfie Di Indonesia Berdepan Saman Kerana Plagiat / Maling Idea

Sebuah tempat digelar tapak “selfie tourism” ataupun perlancongan selfie di Barat Jawa, di Bandung berdepan dengan tindakan saman.

Mungkin ada yang pernah sampai ke sini. Boleh la buat kenangan. Kerana selepas ini, tempat tersebut mungkin akan dirobohkan.

Ini gara gara mereka meniru idea yang sama di Los Angeles. Dan firma guaman sebuah syarikat telah meminta seni bina di tapak itu dirobohkan.

Sebuah firma guaman telah dilantik bagi mewakili pihak mendian artis Chris Burden iaitu  Ivan Almaida Baely & Firmansyah (IABF) Law Firm di Indonesia.

Firma guaman tersebut sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan dengan tapak rekreasi di Rabbit Town — yang turut digelar “selfie tourism.”

Idea itu telah dituduh mencuri idea asal daripada artis yang mencipta karya asal.

Burden merupakan artis yang mencurahkan idea untu Urban Light, yang terdiri daripada 202 lampu jalan disusun mengikut grid.

Ianya dibina di luar Los Angeles County Museum of Art (LACMA), pada 2008.

Rabbit Town, yang dibuka pada awal 2018, ada lampu berbentuk hati, yang kelihatan sebijik meniru karya Urban Light oleh Burden.

Idea lain yang meniru adalah stiker di dalam bilik yang meraikan artis Jepun Yayoi Kusama.

Rabbit Town has not removed any of the installations despite the plagiarism controversy surrounding the so-called selfie haven.

Chris Burden Estate kini meminta wang pampasan di atas kerugian mereka yang tidak mendapat sebarang bayarang daripada idea mereka yang diplagiat.

Syarikat tersebut juga meminta Rabbit Town dirobohkan dan membuat permohonan maaf terbuka kepada mereka.

Dalam kenyatannya, Chris Burden Estate berkata: “Pihak estate sangat kecewa. Kami tahu betapa banyak tenaga, kreativiti, kerja kerja pembinaan dan dana yang kami gunakan untuk membina Urban Light. ”

“Kami ingin menegaskan bahawa Rabbit Town tidak pernah meminta izin daripada kami untuk menggunakan hak cipta oleh Chris Burden.”

“Hak milik Burden sebagai artis harus dipelihara,” tegas Yayoi Shionoiri, Pengarah Eksekutif – Chris Burden Estate.

Kes ini akan didengar di Central Jakarta District Court, bagi menentukan sama ada pihak Rabbit Town bersalah dan Chris Burden Estate menang tuntutan saman ke atas mereka.

Beberapa pemerhati menyatakan, kes ini diharap akan memberikan kesedaran kepada warga Indonesia tentang kepentingan harta intelek.

Baca yang lain