Tapak RM41.5k Untuk Lock Lilitan Kapten Dibaling Ronaldo, Kini Bidaan Bernilai RM4.19 Juta, Dana Untuk Bantu Bayi 6 Bulan

Lilitan kapten yang dibaling oleh Cristiano Ronaldo akan dilelong di sebuah acara di Serbia, untuk membantu seorang bayi berusia 6 bulan yang sakit.

Ronaldo sebelum ini mengamuk meninggalkan padang dan secara kontroversi membaling lilitan kaptennya tanda protes kepada keputusan pengadil yang tidak mengesahkan gol kemenangan pada masa kecederaan ke atas Serbia.

Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.

Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.

Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.

Ada yang mengkritik tindakan Ronaldo namun ramai juga yang memahami kenapa Ronaldo bertindak sedemikian. Pengurus Portugal, Fernando Santos menyatakan bahawa dia faham reaksi itu dan tiada masalah dengannya.

Dan kini, lilitan kapten yang ditinggalkan Ronaldo di dalam stadium Rajko Mitic terbuka untuk dilock pembida.

Dan ianya boleh menjadi milik anda dengan tapak $10,000 ataupun sekitar RM41.5k.

Pihak yang melelong lilitan kapten ini mensasarkan bidaan sehingga $3 juta untuk barangan tersebut. Dan wang itu akan digunakan untuk membantu bayi berusia 6 bulan yang mengalami komplikaai spinal muscular atrophy.

Berikut kenyataan daripada pihak yang melelong:

“Dana yang diraih akan digunakan bagi tujuan rawatan bayi berusia 6 bulan, Gavrilo Djurdjevic dari Kragujevac, Serbia, yang didiagnosis dengan spinal muscular dan memerlukan €2,500,000 untuk rawatan yang boleh menyelamatkan nyawanya.

Dengan memorabilia sukan ini masih panas, ditambah pula ianya melibatkan insiden berprofil tinggi, jangan lepaskan peluang mendapatkan lilitan kapten yang mungkin bernilai 7 angka.

Ada 3 hari lagi tinggal untuk kunci (lock) bidaan anda, semoga berjaya.”

Dan ketika artikel ini ditulis, dikatakan bidaan kini berada pada paras €860,000 ataupun sekitar RM4.19 juta.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan