Tarikh Pendengaran Kes 115 Kesalahan Kewangan Man City Sudah Ditetapkan

Tarikh untuk pendengaran hasil siasatan 115 kesalahan urus tadbir kewangan Man City sudah ditetatpkan. Dan Man City dikatakan sudah setuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Sebelum ini Premier League melantik panel bebas untuk menyiasat kes tersebut selepas Premier League mendapati City melakukan 115 kesalahan membabitkan kewangan.

Ini dianggap kes terbesar yang pernah dibicarakan dalam sejarah pertandingan tersebut.

Premier League dan Manchester City dilaporkan setuju bahawa pendengaran untuk kes tersebut akan dilakukan  di mahkamah pada musim bunga 2024.

Musim bunga di UK merujuk kepada musim di tengah tengah musim panas dan musim sejuk. Di mana ianya sekitar 23 September sehingga 22 Disember begitulah.

Febuari lalu, Premier League mendapati Man City melakukan 115 kesalahan FFP sejak 2008-2019. Di mana kesalahan itu merangkumi pemalsuan angka tajaan, gagal melaporkan dengan tepat pakej bayaran perpindahan pemain, tidak memberikan kerjasama kepada auditor, dan banyak lagi.

Man City terus membuat penafian ke atas kesemua pertuduhan tersebut. Dengan menegaskan bahawa mereka sentiasa berintegriti serta bersaing secara adil dan sihat.

Kes ini dianggap sangat sulit dan Man City tidak mahu memberikan sebarang komen kepada umum tentang perkara ini.

Keputusan atau verdict tentang sama ada Man City bersalah akan diketahui pada 2025.

Jika didapati bersalah, Man City bakal berdepan dengan hukuman yang sangat berat. Ini termasuk pemotongan mata, denda, lucut kejuaraan atau diturunkan divisyen. Semuanya bergantung kepada darjah kesalahan yang mereka lakukan berdasarkan hasil siasatan panel bebas.

Pep Guardiola yakin bahawa kelabnya tidak bersalah dan sentiasa bersih dalam persaingan dengan kelab lain. Dia tahun lalu pernah berkata, pada hari City disahkan bersalah kerana FFP, esok juga dia akan angkat kaki. Namun beberapa minggu lalu dia berikrar akan terus bersama City walaupun mereka disingkirkan ke divisyen semi-profesional sekalipun kata beliau.

Hal ini kerana Guardiola mahu membela kelabnya setelah mendapati banyak kelab lain dalam EPL yang dia tuduh sebagai cemburu dan cuba merampas apa yang telah Man City capai.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa kes Man City ini terlalu lama untuk diputuskan? Sedangkan Everton laju je?

Beberapa tahun lalu, Man City pernah dikenakan sekatan oleh UEFA untuk bermain di UCL sebanyak dua musim. Namun mereka berjaya mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan kerana peraturan UEFA menyatakan  untuk kes yang lebih 5 tahun dianggap sudah lapuk.

Kali ini mereka berdepan dengan pertuduhan di Premier League yang jauh lebih rumit. Terutama sekali selepas Premier League mengenakan hukuman pemotongan 10 mata ke atas Everton baru baru ini kerana 1 kesalahan FFP iaitu melanggar syarat jumlah hutang yang dibenarkan oleh Premier League.