Taring Kipre Dan Hadin, Menjadi Pasukan Ke-5 Menjaringkan 5 Gol Di Kelayakan 2

Kedah 5 Tai Po 1 (Pusingan 2, Kelayakan Liga Juara Asia)
Kipre 3′ 21′, 90+2′, Hadin 47′, 66′ : Mai Fai 68′

Hatrik dari Tchetche Kipre ditambah 2 jaringan lagi oleh Hadin Azman menyaksikan Kedah mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara Asia pada selasa depan, bertemu FC Seoul (Korea Selatan).

Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan kelab dari Taiwan, Woofo Tai Po (Taiwan) bermain dengan 10 pemain selepas Sun Ming Him dilayangkan kad merah.

 

Beraksi dihadapan 19,803 penyokong sendiri di Darul Aman, Kedah mendahului seawal minit ke-4 melalui Kipre, seterusnya pemain ini menambah jaringan kedua pada minit ke-21.

Pasukan dari Taiwan ini tumbang secara total selepas Ming Him dilayangkan kad merah pada minit ke-34.

Pemain ini menerima kad merah secara terus (direct red card) tetapi Tai Po berjaya mengekang Kedah dari menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Layanan kad merah pada minit ke-34 meranapkan harapan Tai Po untuk melawan Kedah

Selepas 2 minit separuh masa bermula giliran Hadin Azman menjaringkan gol ke-3 Kedah, Hadin menambah gol peribadi ke-2 pada minit ke-66 bagi meletakkan Kedah selesa di depan dengan kedudukan 4-0.

Woofo Tai Po mengurangkan defisit jaringan 2 minit selepas jaringan Hadin tetapi ia tidak memberi kesan apabila Kipre melengkapkan hatrik pertamanya musim ini 2 minit dalam masa kecederaan.

Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Ishak selangkah lagi untuk berada di peringkat kumpulan Liga Juara Asia, tetapi perlu melepasi cabaran getir menewaskan kelab dari Korea Selatan, FC Seoul.

Kombinasi Trio penyerang Hadin-Kipre-Sherman menunjukkan impak positif

Kipre dibawa masuk ketika prestasinya tidak begitu baik bersama Terengganu pada musim lepas, hanya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan liga dari 22 penampilannya.

Hadin mempunyai rekod baik pada awal musim ketika bersama Felda, menjaringkan 3 gol pada 4 perlawanan awal.

Sementara itu Sherman masih lagi sebagai salah seorang penyerang terbaik di Malaysia melalui 14 jaringan dalam semua pertandingan bersama PKNS.

Tewas kepada Kelantan pada perlawanan persahabatan pada 4 Januari lepas menimbulkan sedikit keresahan di kalangan peminat.

Selepas itu Jelajah Kemboja cukup membantu pemain pasukan ini mendapatkan kecergasan perlawanan (match fitness) seperti yang ditekan oleh Aidil.

Kombinasi trio penyerang ini menghasilkan 7 jaringan dalam 5 perlawanan persahabatan di Kemboja.

Kedah menampilkan kombinasi 3 penyerang baru Sherman-Kipre-Hadin pada musim ini selepas mengenepikan Jonathan Baunmann dan Fernando Rodriguez

Cukup untuk dibawa keyakinan tersebut dalam perlawanan kompetitif pertama pasukan Kedah pada musim ini.

Rekod ke-2 jaringan terbesar di pusingan kelayakan 2 melibatkan pasukan dari Asean

Sejak format kelayakan dibesarkan pada tahun 2014, ini merupakan rekod kemenangan ke-2 terbesar selepas Sukhothai (Thailand) menewaskan Yadanarborn (Myanmar) 5-0.

*tidak melibatkan rekod pasukan dari Australia

Salah satu lagi keputusan melibatkan kemenangan dengan jaringan 5 gol berlaku pada tahun 2018 apabila Muangthong Utd (Thailand) membelasah JDT (Malaysia) dengan keputusan 5-2.

Penampilan ke-4 JDT di pusingan kelayakan Liga Juara Asia menyaksikan pasukan ini dibelasah Muangthong Utd 2-5

Sejak 2014 juga menyaksikan sebanyak 17 kali pasukan dari ASEAN mara ke pusingan kelayakan akhir, tetapi kesemua tewas pada peringkat itu.

Tugas getir buat pasukan Kedah untuk memecahkan rekod tersebut apabila terbang ke Korea Selatan pada selasa ini.

Perlawanan kelayakan akhir Liga Juara Asia pada 28 Januari 2020 (Zon Timur)

  • FC Seoul lwn Kedah
  • Shanghai SIPG lwn Buriram Utd
  • FC Tokyo lwn Ceres Negros
  • Kashima Antlers lwn Melbourne Victory

Selamat maju jaya.