Taufik Hidayat Perlekeh Kelayakan Lee Chong Wei Masuk ‘Hall Of Fame’ BWF

Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dan memperlekehkan pemilihan Datuk Lee Chong Wei yang diangkat ke dewan kemasyhuran BWF baru baru ini bersama Lin Dan.

Legenda badminton dari Indonesia itu berkata:

“Pada pandangan saya, prestasi itu penting. Prestasi ditentukan oleh diri sendiri, sementara itu ‘Hall of Fame’ itu ditentukan orang yang memberikannya. Misalnya saya ketua, saya beri awak sahajalah.”

“Kalau prestasi pula menjadi penentu, kita ini juara apa? melalui kejohanan mana?”

“Lin Dan tidak ada masalah, lebih sesuai. Kalau orang bandingkan saya dengan Chong Wei, mungkin dia lebih sesuai menurut pandangan BWF.”

“Hal ini kerana BWF yang berikan (Dewan Kemasyhuran) dan kebetulan kantor BWF itu di Malaysia,” tegas Taufik lagi.

Taufik Hidayat menegaskan bahawa dalam pemilihan pemain hall of Fame, tidak seharusnya seseorang itu dipandang tinggi hanya kerana dia lama berada di ranking no.1 dunia, seperti Lee Chong Wei.

Sebaliknya, perlu melihat aspek kejuaraan dan pingat yang dimenanginya.

“Dalam persaingan tersebut, sama ada juara atau mereka yang paling lama (di ranking tertinggi). Kalau kamu menang 10 kali perak dan satu kali emas, kamu pilih mana?,” tegas beliau lagi.

Media sosial milik Taufik Hidayat diserang ramai pihak dan dia membalas:

“Pernah champion apa (DLCW)? Sea Games? Asean Games? Word Cham (kejohanan dunia? Olympiq? Hhhhhhhmmm so buat negara apa? Kita semua kawan brooo….,” katanya.