Tawaran Al Hilal €140 Juta Beli Osimhen Ditolak Napoli Kerana Terlalu Rendah

Al Hilal menawarkan bayaran €140 juta untuk membeli Victor Osimhen dari Napoli dan menawarkan gaji €1 juta seminggu kepadanya.

Namun Napoli menolak tawaran itu kerana mereka kini meminta kelab dari Arab Saudi itu membayar sekurang kurangnya €150 juta untuk mendapatkan Osimhen.

Osimhen sebelum ini menjadi pemain yang sudah diletakkan pada bursa perpindahan jika ada kelab sanggup membayar sekurang kurangnya €200 juta untuk pemain kebangsaan Nigeria itu.

Presiden kelab, De Laurentis pernah kehairanan kenapa tak ada kelab mahu membeli Osimhen sedangkan Napoli terang terangan mahu menjual pemain itu.

Osimhen membantu Napoli menjuarai Serie A musim lalu. Menjadi salah seorang penyerang elit di Eropah.

Dia kemudian pernah memberitahu impiannya untuk bermain di kelab lebih besar atau liga lebih besar seperti Liga Perdana Inggeris.

Osimhen pernah dikaitkan dengan kelab seperti Chelsea, Arsenal dan Man United. Tetapi tiada satu pun kelab dari England yang menghantar bidaan rasmi ke atas pemain itu kerana harganya.

PSG pernah cuba mendapatkan tanda harga Osimhen dan mereka terkejut apabila diberitahu bahawa nilai pemain itu adalah €200 juta.

Kini kelab Arab Saudi sedia menawarkan bayaran €140 juta untuk pemain itu.

Malangnya Napoli menegaskan bahawa, bidaaan harus bermula €150 juta ke atas. Dan masih mahukan pakej keseluruhan bernilai €200 juta untuk pemain itu selepas bonus.

Osimhen bakal menerima kontrak sekitar €52 juta semusim di kelab Arab Saudi itu secara tetap tanpa cukai. Itu tak termasuk lagi hak imej yang akan diberikan sepenuhnya kepada pemain tersebut.

Al Hilal sebelum ini sudah mendapatkan Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic Savic, Ruben Neves dan Malcom.

Kini mereka benar benar sedia mahu mendapatkan pemain yang berada pada peak terbaik iaitu Victor Osimhen.

Pemain tersebut sebelum ini tidak mendesak kelab menjualnya walaupun dia berminat mahu menyertai kelab besar lain. Itu membuatkan Napoli tidak panik untuk meletakkan harga luar biasa tinggi.

Osimhen malah sedia untuk terus kekal di Napoli dan memenangi trofi bersama kelab itu lagi jika tiada tawaran yang dipersetujui oleh Napoli untuknya.

Baca yang lain