Tawaran Baharu Lebih Baik! Barca Kini Hampir Pasti Dapatkan Dani Olmo

Barcelona akhirnya menghampiri perjanjian mendapatkan Dani Olmo setelah mereka mengubah struktur pembayaran kepada RB Leipzig.

Sebelum ini Leipzig menolak tawaran Barcelona yang dianggap tidak masuk akal apabila mereka mahu membayar €40 juta secara ansuran selama 4 muism. Kemudian memasukkan bonus €20 juta dengan syarat memenangi UCL dan La Liga.

Bonus itu dianggap tidak realistik dan sukar dicapai. Leipzig meminta Barca memperbaiki tawaran mereka. Memandangkan Dani Olmo turut berminat untuk menyertai kelab dari Catalan itu.

Akhirnya Barca memperbaiki pakej bayaran mereka dengan menawarkan bayaran €55 juta sebagai bayaran tetap yang dijamin. Serta bonus hanya €7 juta. Bonus dibahagikan kepada €4 juta untuk bonus yang mudah dicapai dan €3 juta lagi dalam kategori sukar dicapai.

Dani Olmo hanya mahukan perpindahan ke Barcelona. Dan dia dikatakan setuju dengan syarat menyertai Barca untuk kontrak selama 6 tahun.

Pemain yang bermain di posisi no.8 atau no.10 itu boleh bermain di semua posisi di serangan termasuk False number 9. Dia akan menjadi tambahan berguna buat skuad Hansi Flick.

Barcelona sebelum ini dilaporkan terlepas peluang mendapatkan Nico Williams. Selepas pemain itu enggan mengaktifkan klausa pelepasannya pada kali ini dan mahu terus kekal di Athletic Bilbao untuk sekurang kurangnya semusim lagi.

Laporan Goal juga menyatakan bahawa Nico Williams mendapat tekanan daripada Athletic Bilbao yang mahu pemain itu membalas jasa mereka, mahu pemain itu kekal musim ini. Bilbao malah menyediakan kontrak baharu untuk pemain itu. Ianya bagi membolehkan mereka menjual pemain itu pada harga lebih mahal.