Tawaran Tak Masuk Akal PSG Untuk Mbappe, Gaji Cecah €1 Juta (RM4.66J) Seminggu

PSG masih lagi tidak berputus asa untuk memujuk Kylian Mbappe agar terus kekal bersama mereka. Pemain antarabangsa Perancis itu akan menjadi ejen bebas selepas tamat musim ini.

Dengan Real Madrid dikaitkan dengan Mbappe. Beberapa bulan lalu Florentino Perez sudah memberikan bayangan bahawa Mbappe akan datang ke Santiago Bernabeu.

Namun buat masa ini Kylian Mbappe masih belum membuat sebarang keputusan tentang masa depannya.

Akhbar AS Sepanyol melaporkan bahawa PSG menawarkan bonus tandatangan kontrak €100 juta kepada Kylian Mbappe dan ejennya.

Seterusnya PSG sedia membayar Mbappe gaji €50 juta semusim dengan kontrak selama 2 tahun. Selain itu PSG berjanji akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu beraksi dalam Sukan Olimpik Paris pada 2024.

Ini bermakna Mbappe akan menerima sekitar €950k sehingga €1 juta seminggu di PSG. Jika dia kekal selama 2 tahun, dia akan menerima bonus kesetiaan bernilai €100 juta lagi.

Ini bermakna Mbappe akan menjadi pemain bola sepak dengan gaji terbesar di dunia.

Beberapa bulan lalu Mbappe sudah menyatakan bahawa beliau tidak menjadikan wang sebagai faktor untuk memilih destinasi seterusnya.

Mbappe berkata: “Hubungan sesama insan adalah lebih mengujakan daripada wang. Ianya adalah pengalaman hidup yang penting. Lebih penting daripada ‘buat’ duit.”

“Saya mahu mengenali sesuatu yang baharu, mengembara. Bertemu dengan orang ramai dan mendalami budaya yang berbeza.”

Masa depan Kylian Mbappe terus menjadi subjek perbincangan peminat bola sepak. Pemain antarabangsa Perancis itu masih belum melanjutkan kontrak bersama dengan PSG.

Walaupun PSG sudah mendapatkan Messi sekalipun, masih belum mampu memujuk Mbappe agar melanjutkan kontraknya bersama dengan mereka.

Dan Mbappe dia sudah menuju ke beberapa bulan terakhir kontraknya. Mbappe akan bebas berunding dan bercakap dengan mana-mana pasukan pada Januari ini untuk perpindahan musim hadapan secara percuma.

PSG sebelum ini sudah memberikan beberapa tawaran kepada pemain itu. Namun kesemuanya ditolak. Walau bagaimanapun PSG masih tidak berputus asa.

PSG malah menawarkan kontrak  dengan gaji yang dikatakan lebih besar daripada Messi dan Neymar kepada pemain itu untuk menjadikannya pemain bergaji paling tinggi di dunia.

Tetap juga Mbappe tetap belum menurunkan tandatangannya di atas kertas kontrak tersebut.

Antara pasukan yang hangat dikaitkan dengan Kylian Mbappe adalah Real Madrid. Lebih menarik apabila Mbappe menyatakan bahawa beliau sangat selesa bergandingan dengan Karim Benzema ketika bermain di dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Mbappe berkata: “Karim adalah pemain yang hebat dan kami saling rapat. Ianya lebih mudah membina perhubungan atas padang ketika bermain dengan kawan sendiri.”

“Kami berdua saling mahu menyinar dengan menjaringkan gol. Dan kami melakukannya dengan baik.”

Real Madrid sebelum ini melakukan dua bidaan saat akhir untuk mendapatkan Mbappe. Namun kedua duanya ditolak oleh PSG.

PSG masih yakin bahawa pemain itu akan terus bersama mereka akan menjadi tulang belakang kepada projek jangka masa panjang di kelab tersebut.

Mbappe kemudian dikaitkan dengan sikap tamak mahukan kontrak yang lebih besar dari PSG. Namun pemain itu menyatakan bahawa  dalam hidup beliau, dia tidak pernah memikirkan soal wang sebagai soal utama.

Sebaliknya Mbappe lebih mementingkan perkara seperti nilai hubungan sesama insan secara peribadi.

Mbappe berkata: “Hubungan sesama insan adalah lebih mengujakan daripada wang. Ianya adalah pengalaman hidup yang penting. Lebih penting daripada ‘buat’ duit.”

“Saya mahu mengenali sesuatu yang baharu, mengembara. Bertemu dengan orang ramai dan mendalami budaya yang berbeza.”

Mbappe sedia pertimbang untuk kekal

Beberapa minggu lalu Mbappe tiba tiba menyatakan bahawa dia mahu menjadi penjaring terbanyak kelab PSG. Sekaligus membayangkan bahawa Mbappe sudah sedia untuk terus kekal di PSG.

 

Aksi UCL antara Real Madrid dan PSG baru baru ini dikatakan telah menjadi antara faktor yang mengubah fikiran Mbappe.

Florentino Perez malah risau Mbappe takkan datang ke Real Madrid kerana pendekatan Ancelotti yang pragmatik dan defensif dalam perlawanan tersebut.

Lantas Perez sudah mempertimbangkan untuk membawa pengurus baharu jika Ancelotti terus gagal meyakinkan beliau dari segi taktikal. Antara pengurus yang menarik perhatian Perez ialah Mauricio Pochettino.