Tindakan Rossi untuk mennggunakan tayar ikut kehendaknya sendiri dikatakan antara sebab kenapa pelumba itu tidak dapat menamatkan perlumbaan di Jerez.
Isu tayar telah menjadi perkara yang menghantui Rossi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Rossi yang mengendalikan Yamaha YZR-M1 sebelum ini mengkritik tayar Michelin dan membandingkannya dengan Bridgestone.
Rossi dengan terbuka mengkritik tayar Michelin selepas beliau gagal menempatkan diri dalam 10 teratas dalam dua sesi latihan di Jerez.
Rossi menegaskan motosikalnya lambat pick up kerana isu suhu tayar belakang dan kegagalan tayar depan mencengkam dengan lebih baik.
Namun kenyataan Rossi itu ditepis oleh Pengarah Michelin. Menurut Taramasso, gaya tunggangan Rossi membuatkan beliau sentiasa bermasalah dengan tayar sejak kebelakangan ini.
Tunggangan Rossi memberikan masalah kepada cengkaman tayar depan. Ia juga memberikan impak kepada suhu tayar belakang yang menyukarkan Rossi mendapat pick up yang cepat.
Michellin kemudian menyatakan,selaku penyedia tayar yang berkredibiliti di MotoGP, mereka sudah mencuba melakukan yang terbaik.
Malah mereka juga sentiasa melabur untuk mencari inistiatif baharu bagi inovasi yang memperbaiki kualiti tayar bagi membantu pelumba.
Taramasso berkata: “Bukan rahsia lagi jika Valentino [Rossi] mengalami masalah ini. Hal itu merupakan isu yang sudah lama dihadapinya. Rossi mempunyai gaya tunggangan yang tersendiri [yang menyebabkan masalah pada tayar].”
“Dia tak terlalu bergantung kepada motor, sama seperti ramai pelumba lain.”
“Rossi tidak menjatuhkan badannya pada kedudukan seperti pelumba lain, yang lebih memberikan kesan pada bahagian luar tayar.”
Taramasso: "some Rossi's tyre problems are caused by his riding style": The Michelin manager: "Valentino leans out of the bike less than the other riders and therefore stresses the tyre more on the outside" https://t.co/BRcB2pxDza pic.twitter.com/iggcmz6GHr
— gpone.com (@gponedotcom) July 18, 2020
“Untuk alasan ini, dia lebih banyak bergantung pada tayar lebih dari bahagian lain sehingga suhu tayarnya meningkat,” kata Taramasso dikutip dari GPOne.
Kata kata Taramasso itu seolah oleh menuduh Rossi terlalu bergantung kepada kekuatan jentera berbanding dengan skil tunggangan.
Rossi tak gembira dnegan komen itu dan mempertahankan gaya tunggangannya. Pelumba berusia 41 tahun itu, menyatakan prestasi tunggangannya adalah dipengaruhi tayar Michelin.
Malah Rossi menyatakan bahawa Andrea Dovizioso, juga mengalami kesulitan yang sama.
“Saya tidak setuju dengan Taramasso. Saya mendengar wawancara itu, tetapi jika Anda melihat foto-foto, tubuh saya sering keluar dari motor kerana kami mencari posisi yang terbaik dari sudut ini.”
MotoGP Jerez: Rossi no closer to rear grip solution https://t.co/yUj3f8NszE pic.twitter.com/Rtnq27Ikvk
— bikesportnews (@bikesportnews) July 18, 2020
“Dengan Bridgestone, saya lebih sering keluar daripada motor. Sekarang dengan Michelin, Anda tidak mampu melakukannya dengan kerap,” jelas Rossi yang dengan beraninya membandingkan Michelin dengan Bridgestone.
“Saya tidak yakin kenyataan itu benar. Masalahnya bukan itu. Dovizioso juga mengalami hal yang sama. Padahal, dia juga mempunyia gaya tunggangan dengan menempel pada motornya.”
“Jadi, pada saya, itu bukan masalah tunggangan kami.”
Rossi: "Vinales e Quartararo da paura ma Marquez è ancora il più forte": "I commenti di Taramasso? Le Michelin sono troppo morbide per me, è un problema mio e non loro ma lo stile di guida non c'entra" https://t.co/35BBaWYxA4 pic.twitter.com/W229Av0oYM
— gpone.com (@gponedotcom) July 18, 2020
Rossi dan rakan sepasukan dalam Monster Energy Yamaha iaitu Maverick Vinales telah mengambil keputusan untuk menggunakan tayar depan yang lembut.
Malang buat Rossi kerana beliau sekali lagi berdepan dengan masalah dalam perlumbaan sebenar dan tersingkir pada pusingan ke-19.
😲 @ValeYellow46 pulls out of the race on Lap 19!#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/1XgOUwqUUm
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) July 19, 2020
Lantas ramai berpendapat bahawa percaturan dan perjudian Rossi kali ini gagal.
Kenapa?
Beliau dari awal telah silap strategi. Sehingga ada yang menyatakan bahawa Rossi mungkin sudah tidak mampu bersaing lagi.
Rossi dianggap mengambil risiko yang terlalu tinggi dengan menggunakan tayar yang lebih lembut dalam perlumbaan di litar Jerez yang sangat panas.
Vinales yang turut memakai tayar lembut itu turut gagal menjurai perlumbaan meskipun mendahului pada satu ketika.
Vinales kemudiannya bergelut dengan pengendalian selepas tayar tersebut semakin lama digunakan di litar panas.
Malah Vinales bernasib baik kerana Marc Marquez terlibat kemalangan dan beliau mendapat posisi kedua selepas dipintas pelumba itu yang sebelum itu keciciran setelah sedikit terbabas.
Apa yang jelas tindakan Rossi dan Vinales memakai tayar lembut dan pelumba lain memakai tayar keras telah membuatkan mereka berada dalam risiko.
Oh! Bad tyre choice… soft front tyre on a hot race track .. @ValeYellow46 see you in full action in next race… #SpanishGP https://t.co/NLyeDuyYAt
— ದಿಗಂತ್ ರೈ | Digant Rai | जय श्रीराम (@DigantRai) July 19, 2020
Ramai peminat yang simpati dengan nasib Rossi dan mereka menyatakan mungkin sudah tiba masanya untuk Rossi bersara, walaupun dunia MotoGP pasti berbeza tanpa Rossi.
Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis, memberikan komen tentang sebab Valentino Rossi gagal menamatkan perlumbaan (DNF – did not finish) pada MotoGP Sepanyol 2020 di Sirkuit Jerez.
Jarvis menerangkan kegagalan Rossi menamatkan di MotoGP Spanyol 2020 adalah isu pada motosikalnya.
“Valentino [Rossi] menghadapi masalah daya cengkaman [tayar] pada awal perlumbaan. Kemudian ketika tayar belakang dia mulai bermasalah, situasinya bertambah buruk. Itu membuatkan perlumbaan semakin sulit.”
“Setelah itu ada masalah pada motor sehingga perlumbaan terpaksa berakhir [bagi Rossi]. Penyebab kerosakan itu masih kami kaji,” kata Jarvis dikutip dari GPOne.