TCH: “Mungkin Mereka Tengok EPL Dan Buat Perbandingan Seperti Itu”

Tan Cheng Hoe kini sedang mempersiapkan pasukan yang akan beraksi dalam Piala Suzuki AFF di Singapura.

Pengendali Harimau Malaya itu mengakui mendengar kritikan yang dilemparkan ke atasnya berkaitan dengan taktikal dan mutu permainan pasukannya.

Harimau Malaya sebelum ini hanya mencatatkan 1 kemenangan dalam 7 perlawanan terakhir. Lantas peminat mulai mendesak Tan Cheng Hoe mengubah pendekatan taktikal beliau serta pemilihan pemain.

Pengkritik merasakan Tan Cheng Hoe seharusnya menukar corak permainan dan formasi kepada 3-4-3.

Namun Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa banyak aspek harus diambil kira termasuk ketidaksediaan pemain serta isu keserasian di atas padang.

Dipetik dari Bernama, Tan Cheng Hoe berkata: “Saya rasa cadangan itu bagus, tetapi kita perlu lihat sama ada kita ada pemain yang boleh bermain di posisi tersebut, selain kena lihat dan kaji semula adakah kita mempunyai kualiti pada permainan dengan posisi baharu itu.”

“Mungkin pandangan itu disebabkan dia (pengkritik) tengok EPL (Liga Perdana Inggeris), Liga Itali atau Liga Sepanyol, jadi dia membuat perbandingan, tetapi pemain kita adakah sampai ke
‘tahap itu2,

Seterusnya TCH turut mengakui secara keseluruhan skuad bimbingannya tidak jauh beza jika dibandingkan dengan jaguh Asia Tenggara Vietnam.

“Walaupun kita tak pernah menang dalam beberapa perlawanan bertemu Vietnam, tetapi secara keseluruhan kita pun tak jauh beza dengan mereka. Saya rasa dalam rantau Asia Tenggara,
Vietnam juga rasa-rasanya risau dengan pasukan kita” kata beliau lagi.

Tan Cheng Hoe pernan membimbing Malaysia mara sehingga ke final pada edisi 2018, namun tewas 2-3 di tangan Vietnam.