TCH: Pemain Tahulah Apa Nak Buat

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yakin para pemainnya tahu apa yang harus mereka lakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tan Cheng Hoe juga berharap agar semua pemain melakukan latihan di rumah dan terus mengekalkan tahap kecergasan di tahap terbaik.

Penangguhan Liga Malaysia dan juga Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid-19, menang satu cabaran buat para pemain.

Namun itu bukan alasan untuk para pemain makan tidur sahaja di rumah. Di mana mereka perlu untuk melakukan aktiviti fizikal.

Tan Cheng Hoe yakin, setiap pasukan / kelab sudah memberikan kerja rumah kepada semua pemain tentang apa harus mereka lakukan.

Ini termasuk pemain kebangsaan Malaysia, pastinya sudah ada garis panduan diberikan jurulatih setiap pasukan yang diwakili,

Tan Cheng Hoe berkata: “Kena ikut program yang sudah diaturkan oleh pasukan masing-masing. Walaupun pemain rehat di rumah tapi mereka masih boleh berlatih di rumah.”

“Kecergasan kena jaga sebab apabila liga bermula nanti, mereka sekurang-kurangnya sudah bersedia sebelum menjalani latihan lebih agresif.”

“Saya percaya pemain tahu apa yang mesti dibuat kerana ini juga demi kebaikan diri pemain sendiri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini Harimau Malaya terpaksa membatalkan latihan yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Mac lalu.

Seterusnya, aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada 26 dan 31 Mac ditunda ke Oktober hadapan.

Latihan sendiri di rumah sangat penting ketika ini. Hal ini kerana, apabila liga disambung kelak, pemain akan kembali ke dalam aktiviti berintensiti tinggi.

Kelab di Eropah seperti Man United sudah memberikan garis panduan khusus kepada pemain secara peribadi.

Solskjaer memberitahu wartawan bahawa, setiap pemain ada panduan diet dan juga keperluan aktiviti latihan yang berbeza.

Pegawai beliau sudah memberikan pemain garis panduan yang harus mereka ikuti.

Garis panduan itu adalah berbeza beza setiap hari. Dan pemain diminta melaporkan perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Memang ini tempoh yang mencabar. Kerana para pemain perlu untuk menjadi jurulatih diri sendiri.

Seterusnya ketika PKP ini, pemain bukannya boleh keluar ke padang di taman perumahan mereka misalnya, nak tak nak buat di rumah ataupun di halaman rumah.