Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni mengakui pasukannya tidak cukup bagus ketika mereka kalah 0-2 di tangan Jerman di Lyon.
Dan dia menggesa agar kesemua pemain beraksi lebih baik terutama sekali ketika berdepan dengan pasukan seperti Jerman.
Florian Wirtz mencetak gol pembukaan yang sangat pantas iaitu dalam masa 7.38 saat sahaja.
Kai Havertz menjaringkan gol kedua untuk Jerman pada separuh masa kedua untuk memastikan skuad bimbingan Julian Nagelsmann memenangi aksi persahabatan antarabangsa yang dianggap tumpuan pada kali ini.
Pemain tengah Perancis, Tchouameni berkata: “Kami dikalahkan di semua aspek permainan dalam perlawanan ini.
“Kami semua harus melakukan aksi yang lebih baik,” tegas pemain Real Madrid itu.
Tchouameni kemudian mendedahkan bahawa pasukannya gagal untuk mendapatkan rentak permainan seperti yang mereka rancang berdepan dengan pasukan yang sangat kuat iaitu Jerman.
“Kami malah gagal melaksanakan perancangan taktikal kami dalam perlawanan ini. Kami berdepan dengan pasukan yang sangat hebat, maka kami harus melakukan yang lebih baik tidak kira secara individu atau berpasukan.”
Peminat rata rata setuju dengan komen pemain itu. Salah seorang peminat Perancis berkata: “Dia cakap benda betul. Saya tak ingat bila kali terakhir Perancis beraksi seteruk ini.”
Jerman dan Perancis antara pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2024 yang akan datang.
Jerman akan beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri sebagai negara penganjur.
Sementara itu, Perancis adalah finalis Piala Dunia 2022 yang lalu. Diperkuatkan ramai bintang yang masih di prestasi kemuncak seperti Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.
Selain itu Perancis juga sentiasa menjadi negara yang diletakkan harapan tinggi oleh peminat mereka.